Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dengan ratusan kes positif yang dicatatkan setiap hari maka tidak hairanlah jika COVID-19 dikatakan sudah pun berada dalam komuniti kita. Setiap hari, akan ada sahaja individu atau kluster yang diumumkan positif COVID-19 terutama untuk bulan Oktober ini.

Walaupun nama-nama pesakit ini tidak pernah dimaklumkan kepada orang ramai namun masih ada segelintir masyarakat kita yang mengambil pendekatan tidak bertanggungjawab dan menyebarkan maklumat pesakit yang dirahsiakan ini.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Seperti yang berlaku kepada Shakirin Al-Ikram apabila maklumat dirinya berserta keluarganya yang telah ditularkan oleh penduduk setempat apabila beliau disahkan positif COVID-19.

“Tanpa selidik tanpa siasat pasal kes saya tup tup tular di seluruh media sosial. Terkilan dengan penyebar berita yang tak sahih.

“Ada yang kata saya buang gelang ketika keluar dari rumah, ada yang kata polis datang rumah angkut saya. Semua itu nonsense (mengarut),” jelasnya.

BeFunky-collage (79)

Tangkap layar perbualan netizen mengenai beliau dan keluarga.

Tambah menyedihkan, bukan sahaja maklumat diri dan keluarga disebarkan melalui media sosial dan grup-grup Whatsapp, malah beliau juga menceritakan bagaimana keluarganya turut difitnah dijangkiti wabak berkenaan sedangkan hanya dia seorang sahaja yang disahkan positif.

Perkara itu menurutnya telah memberi kesan yang sangat besar kepada keluarganya terutama kepada anak-anak kecilnya apabila mereka turut menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan susu serta pampers di kedai-kedai berhampiran.

“Setiap kecaman dan cemuhan warganet membuatkan keluarga saya terjejas. Anak sulung saya berumur dua tahun empat bulan kehabisan susu dan pampers , anak kedua saya berusia sepuluh bulan pula kehabisan nestum dan pampers .

“Disebabkan anda (warganet) menularkan benda tak sahih ini keluarga saya terjejas tidak boleh membeli barang keperluan harian. Kamu nak keluarga saya mati kelaparan ke?

“Hari-hari nak pesan Grab Food dengan ada cukai lagi. Awak ingat saya mampu nak bayar semua benda itu dengan keadaan saya yang masih di hospital.

“Mana kalian punya sikap prihatin sesama manusia wahai warga Malaysia?” luahnya.

Kejadian penularan maklumat tentang dirinya dan keluarga tambahnya bukan sahaja merisaukan beliau yang ketika itu sedang menerima rawatan di hospital malah turut meruntum hatinya yang sayu memikirkan nasib keluarganya di rumah.

Tidak saja teringat akan nasib yang menimpa anak dan isteri di rumah malah dia juga menjelaskan risau akan nasib kedua ibu bapanya yang menghidap penyakit kronik dalam berhadapan dengan wabak COVID-19 ini.

“Masya-Allah , saya dekat sini (hospital) menangis teringatkan anak bini saya makan apa, minum apa, mandi ke tak?

“Saya fikir mak ayah saya yang ada sakit kronik sampai terjejas tak boleh keluar rumah sebab takut dijangkiti.

“Masya-Allah berat lagi mata memandang berat lagi bahu memikul,” katanya.

Dan perkara ini semuanya berlaku kerana penyebaran maklumat yang tidak sahih mengenai status sebenar diri dan keluarganya oleh warganet yang menggunakan media sosial.

Justeri itu beliau menjelaskan luahannya itu bukanlah untuk mencari populariti tetapi hanya untuk berkongsi akibat dan kesedaran kepada masyarakat mengenai penularan berita yang tidak sahih.

“Masya-Allah. Semoga diberikan hukuman setimpal di padang mahsyar kepada yang menceritakan (perkara) tidak sahih terhadap keluarga saya .

Shakirin merupakan salah seorang pesakit yang dijangkiti COVID-19 daripada Kluster Utama dan menerima keputusan positif pada 13 Oktober lalu.

Susulan daripada keputusan itu, beliau kemudiannya dikuarantin selama lima hari sebelum dibenarkan pulang pada Sabtu 17 Oktober lalu.

Beliau ketika dihubungi The Vocket ketika ini bagaimanapun memberitahu sedang menjalani kuarantin kendiri walaupun telah disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19.

Baca juga perkongsian kami mengenai perkembangan semasa COVID-19 melalui pautan di bawah. 

Pakar Jangka Gelombang Ketiga COVID-19 Di Malaysia Berlarutan Hingga Tahun Depan

Menteri Pendidikan Jelaskan Mengapa Sekolah Masih Dibuka Walaupun Kes COVID-19 Meningkat

Saintis Dakwa Kumpulan Darah O Lebih Selamat, Kurang Risiko Dijangkiti COVID-19

Anda Mungkin Suka