Filem House Of Gucci arahan Ridley Scott, yang dibintangi oleh Lady Gaga, Adam Driver dan Al Pacino mendapat kriikan pedas yang pertama dan kritikan ini datang dari keluarga Gucci yang tidak senang dengan cara keluarga mereka digambarkan di dalam filem terbabit. Filem yang sudah mula ditayangkan pada minggu lalu di pawagam seluruh dunia mengisahkan pembunuhan ahli keluarga Maurizio Gucci, yang ditembak mati pada 1995 di pejabatnya di Milan oleh seorang pembunuh upahan yang diupah oleh isterinya, Patrizia Reggiani.

Jeremy Irons, yang memegang watak bapa Rodolfo Gucci, berkata dalam temu bual dengan Reuters bulan ini, cerita keluarga Gucci sangat menarik dan sukar untuk ditolak, sambil menggambarkan bahawa keluarga Gucci sebagai orang yang berani, gila dan ‘sangat Itali’. Namun salah seorang ahli keluarga Aldo Gucci, anak kepada pengasas syarikat Guccio Gucci, sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan pelakon terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Walaupun dakwaan bahawa karya itu bertujuan untuk menceritakan ‘kisah sebenar’ keluarga… filem itu menyampaikan naratif yang tidak tepat. Penerbit filem itu tidak cuba untuk berunding dengan waris sebelum menyifatkan Aldo Gucci – presiden syarikat selama 30 tahun – dan ahli keluarga Gucci sebagai samseng yang jahil dan tidak peka dengan dunia di sekeliling mereka. Ini amat menyakitkan dari sudut pandangan manusia dan penghinaan terhadap legasi di mana jenama ini dibina hari ini,” katanya dalam satu kenyataan seperti yang dilaporkan oleh CNA.

Mereka kemudiannya menyentuh isu pada watak Patrizia Reggiani yang dilakonkan oleh Lady Gaga. Di dunia nyata, Patrizia disabitkan bersalah kerana mengupah seorang pembunuh upahan untuk membunuh suaminya Maurizio Gucci. Keluarga Gucci berasa marah dengan filem yang menggambarkannya sebagai “mangsa… yang berjuang untuk bertahan dalam budaya korporat yang maskulin dan macho”, serta kenyataan pelakon filem yang menekankan sudut pandangan ini.

“Sepanjang 70 tahun sebagai perniagaan keluarga, Gucci adalah syarikat inklusif,” kata ahli keluarga dalam satu kenyataan, menonjolkan wanita yang menjadi ketua  pada 1980-an (mengikut tempoh masa dalam filem itu). “Keluarga Gucci sangat menghormati karya nenek moyang mereka, yang memorinya tidak patut dicemari oleh filem yang tidak menggambarkan watak protagonisnya dengan betul.”

Aura Harry Style bantu kempen terbaharu Gucci. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Aura Harry Styles Bantu Kempen Terbaru Gucci

Gucci Hadir Dengan Koleksi Bekas Makanan Berharga RM12,895

Gucci Hasilkan Jaket Memancing Yang Dijual Dengan Harga RM7,762