Penderaan terhadap haiwan kian menjadi di kalangan masyarakat kita ini. Sebelum ini, tular di media sosial di mana seekor kucing diwarnakan dengan warna biru oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Baru-baru ini tular di media sosial di mana sebuah keluarga menjadi wira apabila menyelamatkan seekor anak kucing di bawah jambatan Pulau Pinang ketika mereka sedang memancing. Anak kucing tersebut dipercayai dibuang dari atas jambatan ke dalam laut oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Video tular tersebut dikongsikan di laman Facebook oleh laman Penang Kini yang kini telah menerima lebih 45,000 jumlah tontonan.

Menerusi video yang berdurasi 52 saat itu memaparkan seekor anak kucing berenang ke arah keluarga tersebut seakan minta untuk bantuan sebelum diselamatkan anak perakam yang bernama Hakim.

Dapat dilihat di dalam video itu, perakam tersebut turut menzahirkan rasa ketidak puas hatiannya terhadap individu zalim yang sanggup bertindak dengan mencampak kucing ke dalam laut itu. Tindakan sebegitu dilihat tersangatlah melampau.

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian tersebut melahirkann rasa syukur dan berterima kasih kepada keluarga tersebut kerana sudi menyelamatkan anak kucing malang itu.

Diharapkan individu yang melakukan perkara kejam ini menerima nasib yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukannya itu. Kucing juga merupakan makhluk yang bernyawa dan memerlukan perlindungan dari kita manusia yang berakal ini.

Terdahulu seekor anjing dan kucing dipercayaai disembur pewarna menjadi tular di media sosial. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tular Gambar Anjing Dan Kucing Dipercayai Disembur Pewarna Undang Kemarahan Netizen

Lelaki Bunuh Kucing Terima Hukuman Penjara 34 Bulan Dan Denda RM40,000

Saya Geli Pegang Kucing Tapi Rezeki Saya Mencurah-Curah Lepas Lakukan Ini