Polis petang tadi mengesahkan pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak 4 Ogos lalu telah menemui satu mayat di lokasi pencarian.

Menurut laporan terkini daripada Harian Metro, keluarga Nora Anne mengesahkan mayat wanita yang ditemui di kawasan hutan petang tadi adalah anak mereka, Nora Anne.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pengesahan itu diperoleh selepas keluarga membuat pengecaman mayat di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Aktiviti SAR tetap akan diteruskan di lokasi mangsa hilang sehingga pihak berkuasa mendapat keputusan bedah siasat daripada pihak hospital.

Pihak polis menerima panggilan sekitar 1.57 petang tadi daripada seorang individu yang menemui mayat kira-kira 2km dari lokasi remaja berkenaan dilaporkan hilang.

Sebelum ini, keluarga Nora turut menawarkan ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya menemui anak mereka. Salam takziah diucapkan kepada keluarga Nora Anne.