Lelaki warga Malaysia yang didapati bersalah mengedar dadah telah dihukum bunuh pada hari ini di Singapura selepas rayuan terakhir oleh keluarganya gagal.

Nagaenthran Dharmalingam, berusia 34 tahun, telah dihukum mati kerana mengedar 44 gram (1.5 oz) heroin ke Singapura, negara yang mempunyai undang-undang narkotik yang paling keras di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Adiknya Navin Kumar, 22, berkata hukuman mati telah dijalankan dan pengebumian akan diadakan di Ipoh di Malaysia, lapor News Straits Times.

Kes Nagaenthran telah menarik perhatian global terhadap hukuman mati yang berlaku di Singapura, khususnya dalam kes pengedaran dadah, dan mencetuskan perdebatan baharu di negara itu.

M Ravi, seorang peguam yang sebelum ini mewakili Nagaenthran, menyatakan kesedihannya atas hukuman mati tersebut, “Om Shanti, semoga rohmu tenang,” sebelum menambah, “Kamu boleh hancurkan kami, tetapi tidak kalahkah kami. Perjuangan kami menentang hukuman mati diteruskan.”

Pada Isnin lalu, ratusan orang hadir menentang hukuman mati. Mereka berkumpul di Taman Hong Lim, satu kawasan yang merupakan tempat di mana rakyat Singapura dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan awam.

Kerajaan Malaysia, pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, kumpulan masyarakat sivil dan selebriti termasuk usahawan British Richard Branson turut menggesa agar Nagaethran diselamatkan.

Pada Mac lalu, Mahkamah Singapura menolak rayuan hukuman mati terhadap Nagaenthren dengan menolak hujah yang dikemukakan oleh pasukan peguamnya bahawa dia harus dikecualikan kerana mengalami masalah kurang upaya secara mental.

Dia ditahan pada usia 21 tahun ketika cuba memasuki Singapura bersama seikat heroin seberat kira-kira 43 gram.

Lelaki itu dikatakan mempunyai mempunyai darjah kecerdasan otak (IQ) yang rendah dan telah dipaksa melakukan jenayah itu.

Hampir gila kerana dadah, ini yang telah berlaku kepada adik saya. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Hampir Gila Kerana Dadah, Ini Yang Telah Berlaku Kepada Adik Saya

Pecah Rekod Rampasan Terbesar, Rakyat Malaysia Ditahan Bawa Dadah Bernilai RM431 Juta Di Australia