Sebuah keluarga bertindak menyerang pegawai hospital di Mexico City selepas mereka dihalang oleh pihak hospital untuk melihat ahli keluarga yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Kejadian pukul memukul ini telah dirakam oleh salah seorang pekerja Hospital Besar San Pedro Xalpa Zone 48.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Insiden berlaku selepas lelaki tersebut yang namanya tidak didedahkan, meninggal dunia akibat wabak COVID-19. Dia dimasukkan ke hospital sejak Isnin lalu. Salah seorang ahli keluarga yang terkejut dengan berita kematian tersebut telah menjerit kepada pihak hospital agar membenarkan mereka untuk melihat si mati.

Daniel Zamorano, salah seorang pegawai perubatan dan mangsa serangan ahli keluarga tersebut telah memuatnaik video itu di laman Facebook sambil mengkritik kejadian yang menimpa beliau dah pegawai perubatan yang lain.

“Keluarga, kawan dan jiran sentiasa sukar untuk menerima berita kematian. Hari ini empat lelaki dan dua wanita memukul saya kerana saudara mereka meninggal dunia akibat COVID-19,” kata Zamorano.

“Mereka tidak melihatnya sejak dari hari Isnin dan atas sebab yang sama si mati perlu ikut protokol yang telah ditetapkan . Dia tidak boleh dibebaskan. Dia perlu dikebumikan. Dia tidak seperti orang lain yang mati … Kamu tidak akan melihatnya lagi, dia mati di dalam hospital.”

Zamorano menyatakan kekecewaannya dengan rakan senegaranya yang mengambil mudah dengan wabak COVID-19 selepas lebih 119,000 orang telah direkodkan mati, manakala 1,900,000 dijangkiti di seluruh dunia.

Tidak lama selepas itu, Zamorano meminta maaf di atas video dan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau. Dia turut memberitahu orang ramai bahawa insiden tersebut adalah contoh bagaimana wabak ini telah memberi tekanan kepada semua orang.

Mexico telah mencatatkan 296 kematian, manakala 4,661 kes yang dijangkiti wabak COVID-19.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Majikan Di Jepun Tumbuk Pekerja Yang Langgar Perintah Darurat

Jemaah Islam Indonesia Rempuh Pagar Masjid, Berkeras Mahu Tunaikan Solat Jumaat

Netizen Dakwa Warga Myanmar Ingkar Arahan PKP Dan Sambut Songkran Di Malaysia?

Anda Mungkin Suka