Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Belum reda kes kemalangan yang berlaku di antara sebuah Nissan Cefiro dengan Honda BR-V pada minggu lalu, pada hari semalam berlaku lagi kemalangan di kawasan Ulu Yam.

Kali ini melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Ulu Yam Gombak Batu 23 yang telah menyebabkan tiga individu telah mengalami kecederaan. Kemalangan tersebut berjaya dirakam oleh salah sebuah kenderaan lain yang berada di lokasi tempat kejadian.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata siasatan awal dijalankan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer cuba memotong kenderaan di hadapannya.

“Pemandu Mitsubishi Lancer terbabit cuba untuk memotong sebuah Perodua Bezza namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

“Turut terlibat dalam kemalangan tersebut sebuah kereta Perodua Bezza dan sebuah kereta jenis Volkswagen,” terang Azman Shariat dalam satu kenyataan.

Rakaman dashcam yang tular itu masih lagi menjadi tumpuan orang ramai yang rata-rata meluahkan perasan risau dan takut dengan keselamatan pengguna jalan raya Ulu Yam yang saban minggu kerap berlaku kemalangan di jalan tersebut.

Sumber Gambar: Facebook Astro Awani

Sumber Gambar: Facebook Astro Awani

Sumber Gambar: Facebook Astro Awani

Sumber Gambar: Facebook Astro Awani

Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu serta dua penumpang Perodua Bezza warga Vietnam berusia 24 hingga 30 tahun mengalami kecederaan dan kesemua mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Selayang bagi menerima rawatan.

Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di dalam video tersebut juga kelihatan beberapa orang sedang menunggang basikal di bahagian kiri jalan lebih kurang 100 meter sebelum lokasi empat buah kenderaan tersebut bertembung.

Pada minggu lalu orang ramai berang dengan sekumpulan konvoi kereta yang menjadi punca kemalangan melibatkan sebuah Honda BR-V dalam perjalanan ke tempat kerja. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Geng Konvoi Kereta’ Didakwa Jadi Punca Kemalangan Di Ulu Yam

Mangsa Proton Wira Kongsi Situasi Yang Berlaku Semasa Kemalangan Dengan Toyota Yaris

Netizen Bengang Lihat ‘Geng Honda Civic’ Potong Treler Dan Bahayakan Pengguna Jalan Raya Lain

Anda Mungkin Suka