Rakan FB saya bertanya soalan ini:

Assalamualaikum tuan. Saya nak bertanya berkenaan dari sudut undang-undang bila melibatkan kemalangan semasa acara sukan yang terbuka untuk tontonan orang awam. Rujuk sini.

Jawapan saya ialah:

Saya pernah belajar satu maxim iaitu –

Volenti non fit injuria.

Legal principle that one who knowingly and voluntarily consents to and takes on a risk (for example, by participating in a potentially dangerous sport, such as motor racing or skiing) cannot ask for compensation for the damage or injury resulting from it.

Doktrin ini bererti ’tidak ada cedera bagi orang yang besedia melakukannya’.

Ini merupakan pembelaan untuk menunjukkan bahawa tergugat baik secara tersurat maupun tersirat telah menerima risiko cedera atau kerosakan.

Mungkin penonton yang melihat juga tidak akan mendapat pampasan atas kecederaan atau kematian akibat dari kejadian tersebut.

Menurut laporan akhbar, Pengarah Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMRACE), Prof Madya Dr Aminudin Abu memberitahu lokasi kejadian adalah kawasan larangan yang tidak membenarkan penonton berada di sekitar lokasi.

Fakta ini benar atau sebaliknya, akan diketahui semasa perbicaraan kelak (jika ada).

Mungkin kes ini boleh dirujuk oleh penganjur:

Case Name: Hall v. Brooklands Auto Racing Club (1933)

Fact:

Defendant were owners of a racing track for motor cars. Spectators were admitted on payment to view the race and stands were provided in which they could do this safely but many person preferred to stand along and outside the railing. Two cars which were racing at a pace of 100 miles per hour were approaching a sharp bend to the lift. The car in front and more to the left turned to the right. The other car did the same. But the cars flew into the air, over the kerb and the grass margin and into the railing killing two spectators and injuring some others. In an action the plaintiff who was injured spectators file a suit against the owner of the track.

Fact in Issues:

Whether the act of defendant fall into a tortious liability or not?

Decision:

It was held by the court that the defendant were not liable.

Reasoning:

The defendant’s duty was to foresee that the courses was free from damage as reasonable care and skill could make it. But they were not insu was against accident which no reasonable diligence could foresee or against dangers inherent is a sport which any reasonable spectators can for see and of which he takes the risk. So, it was not proved that the defendant were negligent or failed to do anything which were under their obligation. Defendant was not liable for this accident. So it was held in the principle of volenti non fit injuria.

Sama juga penonton melihat perlumbaan haram di jalanraya dan berlaku kemalangan ke atas penonton.

Namun, mungkin jika ada ruangan untuk didebatkan adalah kesilapan dan kegagalan penganjur menyediakan tempat selamat bagi penonton menonton pertandingan atau kegagalan memastikan penonton tidak menceroboh kawasan larangan.

Tetapi adakah itu tanggungjawab penganjur kerana tempat yang selamat sudah dikatakan disediakan?

Namun dari sudut lain untuk keluarga mangsa mungkin boleh menghujahkan:

1. Faktor keselamatan yang longgar.

2. Penghadang hanya mengunakan tong yang tidak diisikan air.

3. Tiada kelibat marshall litar lumba.

4. Tiada profesional marshall digunakan.

5. Pemandu tidak mempunyai kelayakan professional.

6. Tidak semua atau tiada pemandu go kart menjalani kursus asas perlumbaan litar (bukan boleh potong suka suka).

7. Circuit familiarization was not conducted both to team and organizer.

8. Ciri-ciri keselamatan kereta yang direka di bengkel masing-masing, berbeza-beza dan tidak mengikut piawaian perlumbaan.

Semua pihak ada fakta untuk diperdebatkan.

Malang tidak berbau. Berhati hatilah kita semua.

Salam penuh takziah bagi keluarga mangsa.

I rest this case, thank you.

Nota: Komen saya di atas adalah diberikan atas kapasiti peribadi dan bukan atas kapasiti antara peguam dengan anakguam, dan pembaca tidak perlu mengikut apa yang saya tulis, juga tidak mengikat sesiapa dan pembaca berhak memberi pendapat masing masing.