Perkongsian seorang isteri kepada lelaki yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya beberapa hari lalu ini nyata menyentuh perasaan, hati dan sanubari sesiapa sahaja yang membacanya.

Dalam perkongsian yang dibuat di Facebook oleh Dalila Zolkofli dan Tular Press itu, isteri mangsa menceritakan detik-detik terakhir sebelum suaminya ditimpa kemalangan maut ketika dalam perjalanan pulang membeli motosikal baru.

Bukan sahaja menceritakan detik-detik terakhir sebelum kemalangan, isterinya juga turut berkongsikan kisah menyayat hati tentang bagaimana suaminya itu sebelum ini sudah lama mengimpikan motosikal tersebut.

Bagaimanapun, mereka yang telah berkahwin sejak setahun lalu ditimpa dengan berita duka apabila suaminya itu terlibat dalam kemalangan ketika perjalanan pulang selepas membeli dan mengambil motosikal tersebut baru-baru ini.

Malah, isteri mangsa juga mengikuti beliau daripada belakang sewaktu hari kejadian dan sempat merakam perjalanan suaminya dari dalam kereta ketika itu.

Perkara itu menurutnya kerana mahu memastikan suaminya selamat walaupun menyedari itu bukanlah kali pertama mangsa menunggang motosikal, jelasnya lagi.

Nampak orang angkat motosikal

Walaupun mengikuti rapat arwah suaminya ketika itu, wanita tersebut bagaimana mereka terpisah buat seketika dek kerana jalan yang agak sesak ketika itu.

Suaminya yang bersama motosikal baru ketika itu jelasnya telah menyelit ke hadapan meninggalkan beliau di belakang kerana kesesakan.

Bagaimanapun, tidak sampai dua minit kemudian isterinya melihat sesuatu yang mengejutkan apabila melihat motosikal yang mirip dinaiki suaminya diangkat selepas kemalangan.

Kemalangan hanya asbab

Walaupun kehilangan suaminya yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan membeli motosikal itu, namun wanita tersebut menjelaskan dia tidak pernah menyalahkan keputusan suaminya itu.

Ini katanya kerana semua telah tertulis dan mereka sekeluarga redha dengan pemergian suaminya itu.

“Kemalangan jalan raya ini asbab kematian saja. Memang dah tertulis masanya sampai di sini saja.

“Ini lah masa terbaik untuk dia pergi. Tak pernah menyalahkan keputusan dia beli motosikal itu

Baca juga perkongsian daripada wanita ini yang kehilangan ibunya dalam kemalangan jalan raya selepas dirempuh pemandu treler mengantuk di pautan di bawah. 

Wanita Ini Kongsi Detik Dirempuh Pemandu Treler Mengantuk, Ibu Meninggal Diseret Dalam Kereta

Dibesarkan Ibu Dan Bapa OKU, Perkongsian Gadis Ini Buat Netizen Hiba

Dua Kali Menunggu Namun Tiada Yang Menjemput, Jejak Kasih Gelandangan Ini Berakhir Hiba

Sumber