Ketakutan menjadi penunggang motosikal bukan sahaja hanya kepada kereta atau lori yang tidak memberi signal apabila mahu ke kiri atau kanan. Tetapi hantu juga antara ketakutan terbaharu penunggang motor.

Melalui satu perkongsian video oleh pengguna twitter @fiqspoks, telah terjadi satu kemalangan misteri yang membabitkan penunggang motosikal dengan seorang lagi penunggang motosikal ‘misteri’.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Kejadian yang berlaku di salah sebuah lebuh raya di sekitar Malaysia menunjukkan penunggang yang menaiki motosikal berkuasa tinggi telah melanggar sebuah motosikal yang tiba-tiba sahaja berada di hadapan kereta Myvi biru.

Melalui perkongsian @fiqspoks juga menyebut bahawa beliau sendiri tidak pasti apa yang dilanggar oleh penunggang motosikal ini.

Kalau mengikut logik akal manusia, kedudukan penunggang motor ‘misteri’ itu seperti orang yang mahu masuk ke simpang.

Tambahan daripada itu, orang ‘misteri’ itu akan dilanggar oleh Myvi biru dahulu sebelum dia melanggar penunggang motosikal tersebut.

Screenshot 2020-01-18 at 3.39.58 PM

Netizen di media sosial mula membuat andaian masing-masing.

Seorang pengguna twitter mengandaikan bahawa ia adalah roh yang tidak tenang. Manakala yang lain pula.

Screenshot 2020-01-18 at 3.54.45 PM

Screenshot 2020-01-18 at 3.56.21 PM

Ada yang menyatakan bahawa motor itu memang ada di situ kerana terjadi kemalangan di antara Myvi biru dan motor ‘misteri’ itu.

Dan fakta itu disokong oleh beberapa orang lain sambil menunjukkan gambar motor ‘misteri’ itu.

Jika benar apa yang dikatakan warga net. Diharapkan semua penunggang motor agar berhati-hati dijalan raya.

Terdahulu kami pernah berkongsi artikel dengan anda tentang video penampakan hantu dari Indonesia yang mencetuskan perdebatan di antara netizen.

Netizen Berbalah Tentang Kesahihan Rakaman Video Penampakan ‘Hantu’ Dari Indonesia Ini

Kisah Hotel Peninggalan British ‘Berhantu’ Di Taiping Yang Ramai Tidak Tahu

5 Legenda Hantu Yang Terkenal Dan Menyeramkan Di Malaysia

 

 

Anda Mungkin Suka