Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Reaksi Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim menunjukkan isyarat ‘peace‘ selepas terlibat dalam kemalangan semasa pusingan kelayakan GT World Challenge Australia mencuri tumpuan ramai.

Artikel Berkaitan:

Pada ketika itu Tunku Abu Bakar sedang memandu lebih 200km/j melalui bahagian litar McPhillamy Park, lalu hilang kawalan dan terbabas ke penghadang tayar sebelum kereta Mercedez-Benz GT3 yang dipandunya terbalik.

Dalam hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah rasa bersyukur dan turut memberikan kata semangat kepada anakandanya.

“Saya bersyukur Tunku Putera tidak cedera. Pastinya tengah terkejut, tetapi dia ok. Saya memberitahunya untuk terus kuatkan semangat, teruskan usaha dan harumkan nama Johor.

“Dia hampir melayakkan diri di tempat ketiga untuk perlumbaan esok, dan ia merupakan penampilan pertama Tunku Putera di litar itu. Dia dan Tunku Panglima menunjukkan potensi serta persembahan yang baik. Semoga kita mendapat keputusan yang baik esok (hari ini),” titah Baginda.

Menurut perkongsian Johor Racing, Tunku Abu Bakar mengalami impak 40G semasa memandu lebih 200km/j ketika kemalangan itu terjadi.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.