Sebuah McLaren 720s berharga RM1.49 juta terlibat dalam satu kemalangan di lebuh raya MEX pada 22 September ketika cuaca hujan semalam.

Netizen telah bertindak berkongsi gambar kejadian di platform media sosial dengan bahagian depan kereta mewah tersebut hancur disebabkan kemalangan.

 

collage

Setakat hari ini, belum ada apa-apa laporan rasmi mengenai kejadian terbabit. Namun kes ini telah menjadi viral kerana nilai kereta yang mencecah jutaan ringgit.

Menurut dsf.my, kemalangan ini berlaku disebabkan pemandu kereta mewah terbabit hilang kawalan, namun dia bernasib baik berjaya keluar daripada kereta tanpa sebarang kecederaan.

collage1

Gambar dari tempat kejadian menunjukkan bahawa kereta terbabit adalah satu-satunya kereta yang terlibat dengan kemalangan tersebut dengan bahagian depan kereta dilihat hancur.

Berdasarkan keadaan kereta, difahamkan kemalangan berlaku disebabkan pemandu telah membawa keretanya pada kelajuan yang tinggi sebelum berputar dan berhenti di tengah jalan.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Ibarat ‘Buku Bertemu Ruas’, Netizen Kongsi Video Myvi Terlanggar Kereta Polis Di Lebuh Raya

Penunggang Motosikal Ini Hampir Maut Dilanggar Ford Ranger Dari Belakang Yang Dipandu Secara Berbahaya

Netizen Bengang ‘Geng Kereta Mahal’ Sebabkan Kemalangan Kerana Berlumba

Sumber