Bukit Bintang cukup terkenal dengan sebagai salah satu pusat tumpuan ibu kota bagi penduduk tempatan, apatahlah lagi pelancong dari luar negara.

Oleh kerana kawasan itu mempunyai pelbagai kedai-kedai menarik beroperasi di situ, sebab itulah lokasi tersebut sentiasa ‘hidup’ dan tidak pernah ‘tidur’ sama ada waktu siang atau malam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian video oleh TikTok @rayzkiee, kelihatan keadaan di hadapan WOLO, Bukit Bintang berlaku kemalangan teruk sehingga beberapa buah kenderaan terjejas dan bongkah batu-bata bertaburan di atas jalan raya.

@rayzkiee

#mcdbukitbintang #wolobukitbintang #damascusbukitbintang #accidentkl check this out SALE SALE SALE >>>> @🌟Rayzz @🌟Rayzz @🌟Rayzz Ada Minum, Ada Sihat 😇

♬ Terminator-like song – H

Video pendek berdurasi 15 saat itu mengundang tanya tanya netizen, bilakah kemalangan itu berlaku kerana tiada apa-apa liputan berita mengenai kejadian itu.

Dalam pada itu ada netizen berpendapat situasi itu mungkin ‘dibuat’ untuk sesi penggambaran filem aksi. Mereka tidak menolak mungkin itu salah satu babak dalam Polis Evo 3 yang akan ditayangkan pada minggu ini.

Sumber Gambar: TikTok @rayzkiee
Sumber Gambar: TikTok @rayzkiee
Sumber Gambar: TikTok @rayzkiee

Setakat artikel ini ditulis, video itu telah mendapat lebih 3 juta tontonan dan lebih 2,000 komen daripada netizen.

Bagaimanapun pemilik akaun tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai video yang dimuat naiknya itu.

Kemas kini: Berdasarkan perkongsian pengguna Twitter Azizul Farhan, susunan kereta di jalan Bukit Bintang ini mirip poster filem War on Terror: KL Anarchy yang akan ditayangkan di pawagam pada Oktober 2023.