Melihat golongan warga emas melakukan aktiviti senaman seperti senam robik dan taici  mungkin pemandangan biasa yang sering kita lihat di taman-taman dan tasik yang kita kunjungi.

Namun melihat salah seorang dari mereka menyertai pertandingan larian bukanlah perkara yang kita dapat lihat setiap hari seperti yang dikongsikan salah seorang netizen di Twitter ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam ciapannya, pengguna tersebut menceritakan kisah Uncle Wahid yang berusia 77 tahun menyertai pertandingan larian sejauh 104 kilometer baru-baru ini.

“Tapi jangan tersilap, dia adalah seorang yang tidak pernah mengenal erti kekalahan,” kongsinya di Twitter.

Kisah Uncle Wahid bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi turut sampai kepada seorang lagi pengguna yang mendakwa Uncle tersebut adalah datuknya.

Dia yang mengulang kicau ciapan tersebut berkata datuknya memang suka melakukan aktiviti berlari hampir setiap hari sebelum ini.

“Dia memang jogging setiap pagi petang sebab dia kata kalau dia tak buat nanti urat dia tegang dan kaki dia akan sakit,” kongsi @hyaaleeya di Twitter.

https://twitter.com/hyaaleeya__/status/1224220176482070529

Malah beberapa netizen juga berkongsi mereka pernah melihat Uncle Wahid berjogging sebelum ini. Jadi tidak hairanlah jika dia mampu menyertai pertandingan larian jarak jauh.

reply2 reply1

Bagaimanapun, menurut ciapan tersebut, Uncle Wahid bagaimanapun dimaklumkan tidak berjaya menamatkan keseluruhan larian pada hari tersebut.

reply3

Tetapi berjaya menamatkan larian bukanlah apa yang ingin ditekankan dalam perkongsian kali ini namun semangat dan kemampuan yang ditunjukkan Uncle ini seharusnya menjadi contoh kepada kita semua.

pujian2 pujian1

Kita yang masih muda dan bertenaga ini sepatutnya mencontohi semangat yang ditunjukkan Uncle ini untuk menjadi lebih sihat dan bukannya menjadikan alasan usia sebagai halangan untuk kita sentiasa bersenam.

Sebelum ini kami juga ada berkongsi mengenai kisah wanita perkasa ini yang berjaya mendaki puncak Kinabalu bersama anak kecilnya yang baru sahaja berusia tiga tahun. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Tidak Kenal Erti Mengalah, Ibu Bawa Anak Berusia Tiga Tahun Tawan Puncak Kinabalu

Kerana ‘Terlalu Pantas’ Kasut Nike Ini Mungkin Diharamkan Di Olimpik

Nike ZoomX Vaporfly Disiasat Setelah Memecahkan Banyak Rekod Olahraga

 

 

 

Sumber