Kurangnya hujan melanda banyak kawasan di Semenanjung.

Akan tetapi, saudara-saudara kita di Sabah mengalami kesan yang lebih teruk.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam laman webnya menulis:

Bagi Negeri Sabah, kesan fenomena El-Nino kuat yang berlaku telah mengurangkan jumlah taburan hujan. Bagi bulan Mac 2016, dijangkakan seluruh kawasan akan mengalami keadaan cuaca yang kering dengan jumlah hujan di bawah paras purata.

Keadaan ini menyaksikan kebakaran hutan, jerebu, kemarau dan terputusnya bekalan air di banyak lokasi di Sabah.

Semoga apa yang kami kongsikan ini membuka mata rakyat Malaysia tentang kepayahan yang sedang dialami oleh rakyat Sabah.

1. 83 buah sekolah ditutup

83 buah sekolah di Beaufort, Papar dan Kuala Penyu ditutup akibat jerebu dan bacaan IPU tidak sihat.

Peristiwa ini melibatkan 53 buah sekolah di Beaufort, 10 di Papar dan 14 di Kuala Penyu. Penutupan lagi 6 buah sekolah di Papar baru sahaja diumumkan sebentar tadi.

Sebanyak 22,782 pelajar sekolah rendah terlibat dengan penutupan ini.

Rujuk senarai sekolah terlibat di sini.

2. Kebakaran gambut

Pihak Bomba dan Penyelamat dan sukarelawan bertungkus lumus memadam kebakaran hutan.

bomba padam kebakaran sabah

bomba padam kebakaran sabah

bomba padam kebakaran sabah

bomba padam kebakaran sabah

bomba padam kebakaran sabah

bomba padam kebakaran sabah

bomba padam kebakaran sabah

bomba padam kebakaran sabah

bomba padam kebakaran sabah

bomba padam kebakaran sabah

bomba padam kebakaran sabah

bomba padam kebakaran sabah

Aktiviti water-bomb turut dijalankan di Hutan Binsuluk, Sabah.

3. Jerebu

23 buah daerah dan 365 buah kampung terjejas.

Keadaan jerebu di Kampung Malawaring, Bongawan semalam dirakamkan dalam gambar di bawah.

jerebu bongawan

jerebu bongawan

Bacaan IPU di Beaufort pada 1-2 April mencecah 279, iaitu paras sangat tidak sihat.

Jerebu sudah merebak ke kawasan Kota Kinabalu, Bundusan, Tanjung Aru, Pulau Gaya dan Likas.

jerebu sabah

jerebu sabah

jerebu sabah

jerebu sabah

jerebu sabah

jerebu sabah

jerebu sabah

jerebu sabah

jerebu sabah

jerebu sabah

jerebu sabah

jerebu sabah

4. Penduduk terputus bekalan air

Beberapa kampung terputus bekalan air seperti di bawah:

Kampung Nukahan dan Kampung Kota Klias di Beaufort sudah seminggu tidak mendapat bantuan air.

Kampung Taritipan, Kota Marudu juga terputus bekalan air.

5. Liputan kurang di media massa

Tidak banyak liputan di media massa utama melainkan RTM.

Terima kasih kepada laman Facebook Borneo di atas maklumat-maklumat yang dikongsikan. Anda boleh mengikuti perkembangan lanjut fenomena kemarau di Sabah ini di laman Facebook Borneo atau melalui hashtag #pray4sabah.