Jika kita membincangkan mengenai Snapchat, pastinya tidak lekang daripada fikiran kita mengenai gambar dengan filter yang pelbagai dan sememangnya menjadi identik dengan aplikasi tersebut.

Terbaharu, Snapchat Inc. telah mengumumkan kerjasama dengan sebuah aplikasi yang tidak kurang popular dalam kalangan pengguna iaitu Tunemoji. Kolaborasi ini membenarkan pengguna Snapchat untuk menghantar GIF yang disertakan dengan muzik atau rakaman suara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ciri ini tidak hanya terbatas pada stories tetapi juga dalam perbualan peribadai dengan pengguna lain. Caranya cukup mudah, seperti penggunaan GIF di media sosial yang lain. Pengguna hanya perlu mencari kata kunci, nama atau frasa yang terkait dengan GIF tersebut.

Pembaharuan ini pastinya akan menarik perhatian pengguna tegar sosial media untuk ‘bersantai’ kembali di Snapchat selepas ini.