Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kehilangan orang yang tersayang pasti membuatkan kita sedih. Lebih menghibakan apabila ada individu tidak bertanggungjawab telah menyebarkan fitnah terhadap orang kesayangan yang telah pergi buat selamanya.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @H_Bakkaniy telah meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila golongan anti vaksin menggunakan kematian ibunya bagi menyebarkan berita palsu melalui Telegram.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, Faeez mengatakan golongan anti vaksin mendakwa ibunya mula pakai kerusi roda selepas menerima suntikan vaksin dan punca kematiannya tak diketahui.

Lantaran itu, Faeez tampil menjelaskan hal sebenar dimana punca kematian ibunya adalah daripada tindak balas dengan ubat pelali (anaesthesia) yang diberikan kepada ibunya sebelum prosedur intubasi dan beberapa prosedur lain yang akhirnya mengakibatkan kegagalan jantung.

Tambahnya, ibunya juga telah sakit lutut sebelum berlakunya penularan wabak COVID-19. Oleh itu, Faeez telah meminta agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan segera.

Bukan itu sahaja, Faeez akan membuat laporan polis mengenai perkara ini supaya tindakan ke atas individu yang tidak bertanggungjawab itu boleh diambil oleh pihak atasan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Ini Sebab Mengapa Papan Tanda Family Mart Di Cameron Highlands Hanya Berwarna Hitam Putih

‘Simpan Tak Rugi Jual Tak Kaya’, Yamaha 125zr Ini Diiklankan Dengan Harga Mencecah RM95,000

Macam Cerita Mr.Bean, Lelaki Ini Langgar Lampu Merah Penuh ‘Sopan’ Depan Polis