Pada bulan Jun yang lalu kita dikejutkan dengan kematian sebuah individu berpengaruh iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan.

Berdasarkan laporan awal difahamkan punca kematian berlaku disebabkan letupan telefon pintar kegunaannya berjenama Huawei. Laporan siasatan diteruskan lagi dan pada minggu iniĀ Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SelangorĀ  melaporkan punca sebenar kematian saudara Nazrin Hassan.

Sumber: SAYS Malaysia

Mengikut laporan, difahamkan punca sebenar kematian adalah disebabkan kebakaran di sebuah rumah melibatkan bilik tidur utama. Lebih parah, keputusan makmal mengesahkan terdapat kesan minyak petrol pada tubuh, katil, tilam serta telefon bimbit mangsa seolah-olah pembunuhan ini sudahpun dirancang.

Kematian bekas CEO Cradle berumur 45 tahun ini meninggalkan keluarganya seorang balu serta empat orang anak. Semoga perkara seperti ini tidak lagi berulang pada masa akan datang.