Lebih 600,00 warga Indonesia berisiko positif virus COVID-19, ketika jumlah kes kematian di negara itu kini meningkat kepada 32 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata jumlah kes positif setakat hari ini telah mencecah 369 kes, dan boleh atau berkemungkinan meningkat drastik, berdasarkan pengesanan kontak mereka yang positif dengan orang sekitar mereka sebelum ini (pengesanan kontak sebelum mereka yang positif itu disahkan positif) lapor Bernama.

Penduduk Indonesia kini berjumlah lebih 270 juta orang, manakala penduduk di kota Jakarta dan kota berhampirannya seperti Bekasi, Tangerang, Depok dan Bogor, pula mencecah jumlah lebih 30 juta orang.

“Populasi yang berisiko (dijangkiti) adalah 600,000 hingga 700,000 orang. Sudah ada alat kit ujian sebanyak satu juta, untuk kita jalankan pemeriksaan secara massal (berskala besar),” katanya.

Namun ada pihak berpendapat kes positif COVID-19 di Indonesia adalah lebih besar daripada nombor rasmi yang didedahkan kerajaan Indonesia. Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata ujian saringan ‘rapid test’ sudah mula dibuat terhadap rakyat Indonesia bermula semalam.

Pemerintah Indonesia juga akan menjadikan Wisma Atlet Kemayoran (Perkampungan Sukan Asia 2018) berkapasiti 15,000 orang dan hotel hotel milik Badan Usaha Milik Negara (syarikat milik kerajaan), sebagai hospital sementara atau tempat kuarantin, bermula Isnin ini.

Justeru itu, rakyat Malaysia disarankan untuk menangguh dahulu perjalanan ke Indonesia walau selepas tamatnya Perintah Kawalan Pegerakan pada 31 Mac 2020 nanti.

China kini mendakwa kes baharu COVID 19 tidak lagi bermula di China, tetapi datangnya dari Indonesia. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

China Dakwa Kes Baharu COVID-19 Datang Dari Indonesia

Acara Himpunan Tabligh Di Indonesia Batal, Semua Peserta Akan Dikuarantin

Indonesia Tidak Tahu Punca Kematian Pesakit Disebabkan COVID-19 Atau Penyakit Lain

Sumber