‘Grandpa Kitchen’ merupakan YouTube channel yang boleh dikatakan terkenal hampir di seluruh dunia.

Bagi anda yang tidak tahu, ‘Grandpa Kitchen’ menonjolkan warga emas yang memasak hidangan dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada anak-anak yatim yang memerlukan. Disebabkan usaha beliau itu, YouTube channel milikinya terkenal dan menjadi pilihan tontonan ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akan tetapi, satu berita yang mengejutkan ramai orang apabila warga emas tersebut iaitu Narayana Reddy dilaporkan telah meninggal dunia. Pastinya ramai orang berasa kehilangan dan tidak lagi dapat melihat teletah beliau memasak.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih dan mengatakan bahawa setiap video yang pernah dihasilkan beliau sangat menyentuh perasaan. Malah, segala pesanan yang sering beliau ungkapkan akan sentiasa diingati.

Jika anda peminat channel Grandpa Kitchen, pasti anda turut bersedih dengan kehilangan insan yang berhati mulia ini. Apakah video yang paling anda ingati?

Di bawah ini kami listkan beberapa artikel berkaitan dengan video di YouTube. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Padam Video Kontroversi, YouTuber Kelantan Mohon Maaf

Kanak-Kanak Ini Beli Rumah Bernilai RM33 Juta Hanya Dengan Pendapatan YouTube

Lihat YouTuber MKBHD Berbelanja RM40,670.54 Untuk Beli ‘Sneakers’ Pilihannya