Selepas 2 tahun pandemik melanda seluruh dunia, Hausboom Music 2022 kini kembali dengan 12 barisan artis yang akan menggegarkan pentas di MAEPS Serdang pada 1 Oktober 2022.

Hausboom Music 2022 membawakan pengalaman konsert bertaraf dunia khas buat penggemar muzik Rock, Ska, Reggae, Indie dan Hip Hop dengan harga tiket yang tersangat mampu beli. Semuanya di bawah satu konsert, satu jenama dan pastinya akan menjadi satu malam festival yang paling diingati pada 2022.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Throwback pada acara Hausboom Music 2019, seramai 12,000 peminat muzik telah membanjiri MIECC bagi menyambut 10 barisan artis terkemuka dan menjadi bualan ramai selama seminggu kemudiannya.

Barisan artis legenda dan baharu iaitu Hujan, Wings, Ruffedge, Joe Flizzow, Masdo, ForceParkBois, Chronicalz, Iqbal M., Budak Nakal Hujung Simpang, Kapow dan Banyak Bunyik Republik bakal membuat persembahan epik Hausboom Music 2022.

“Dengan hanya satu tiket, penonton diberikan pengalaman untuk menyaksikan 11 barisan artis lokal terkenal, pada 1 Oktober depan. Sebagai usaha untuk menghargai setiap sokongan yang kami terima daripada peminat muzik dan semangat pembeli-pembeli tiket, pihak Hausboom akan memastikan setiap yang hadir akan merasakan satu pengalaman konsert yang tidak akan dapat dilupakan.

“Saya rasa macam nak tambah lagi barisan artis sebab nak bagi yang terbaik buat penonton yang rindukan Hausboom Music, yang dah pernah sokong kami pada tahun 2019 dan disebabkan itu kami tambah, BUNKFACE sebagai surprise lineup! Satu lagi berita gembira daripada kami, tiket sudah mula dijual kepada mereka yang berusia 16 tahun dan ke atas,” jelas pengasas Hausboom, Azri Zahier Azmi.

Tiket telah mula dijual sejak 1 Ogos lalu dan kategori General (Early Bird) dan VVIP telah habis terjual. Tiket dengan kategori ‘General’ dan ‘Rockzone’ dengan harga RM 130 dan RM 180, masih lagi boleh dibeli di laman web rasmi Ticket2u.

P/S: Tidak dilupakan, ada official merchandise kolaborasi 3 penjuru antara Hausboom x Hikari Riders x SVG yang akan dijual secara eksklusif di konsert Hausboom Music 2022. Nantikan!

Ini beberapa artikel lain berkaitan jenama Hausboom. Baca pada pautan di bawah.

Kisah Bagaimana Jenama Hausboom Berjaya Menembusi ‘Chiller’ 7-Eleven

Hausboom Tepati Janji Cabaran Di Twitter, Kereta #hausboomXhotwheels Bakal Diberi Percuma Di Art Of Speed 2019

Permintaan Hausboom Meningkat Di Korea Selatan Kerana ‘Dipromosikan’ Artis K-Pop