Jenama yogurt yang pernah terkenal di Malaysia pada suatu ketika dahulu iaitu Tutti Frutti kini dibuka semula di pasaran Malaysia. Pembukaan kedai tersebut terletak di Damansara Heights dan telah dibuka secara rasmi sejak semalam.

Bagi yang tidak mengetahui, Tutti Frutti sebelum ini menawarkan hidangan aiskrim yang disajikan bersama variasi pilihan buah-buahan sebagai toppings dan harganya ditentukan dengan berat aiskrim yogurt tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pertama kali diperkenalkan pada tahun sekitar 2009, Tutti Frutti hadir dengan cawangan pertama mereka di Sunway Pyramid sebelum memperluaskan penawaran kepada 85 lokasi di seluruh Malaysia.

Akan tetapi, disebabkan kos perluasan rangkaian yang tinggi, Tutti Frutti telah mengumumkan bahawa kedai-kedai mereka di Malaysia telah ditutup secara kekal dan juga berperingkat sebelum ini.

Pembukaan semula Tutti Frutti ini telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa teruja apabila jenama yogurt yang pernah terkenal satu ketika dahulu kini kembali beroperasi di Malaysia.

https://twitter.com/pvncessfatin/status/1614768006676250624

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen turut mengimbau memori mereka bersama Tutti Frutti dan berharap harga yogurt kegemaran mereka ini tidak mahal. Malah, para netizen berasa senang kerana Tutti Frutti sudah tidak menggunakan sistem menimbang seperti sebelum ini.