Sebelum ini, kontroversi melibatkan TikToker dan juga usahawan, View Chin telah menjadi bualan ramai apabila isterinya mendedahkan dia curang dengan pekerja.

Terbaharu, Mira yang didakwa menjalankan hubungan sulit bersama View Chin kembali aktif di media sosial selepas lama mendiamkan diri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian terbaharunya di Instagram, dia menunjukkan dirinya masih aktif menjadi hos TikTok menjual pelbagai barangan dan menunjukkan bahawa dirinya sudah kembali bekerja.

Bukan itu sahaja, dia juga memaklumkan bahawa dia tidak akan berhenti membuat perkara yang disukainya. Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah menerima respon negatif daripada orang ramai yang menganggap dirinya sebagai ‘play victim’ dan tidak tahu malu kerana tetap aktif di media sosial walaupun kontroversi membabitkan dirinya telah tular.

Susulan itu, Mira yang menerima kecaman hebat netizen akhirnya memberikan respons dimana dia mengatakan bahawa dia tahu segala hinaan dan cacian yang diberi berpunca dari kesilapannya sendiri.

Oleh itu, kini dia sedang memperbetulkan kesilapan tersebut dan akan cuba untuk berubah menjadi lebih baik.

Tambahnya, kontroversi membabitkan dirinya itu sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap kesihatan mentalnya dan mengatakan kini dirinya cuba untuk bangkit kembali.