Saya masih ingat lagi kali pertama bermain gameboy lebih kurang sedekad lebih yang lalu. Game pertama yang saya main ketika antara game yang memberi impak yang besar buat industri nintendo iaitu Pokemon Red.

Sedar tidak sedar sudah hampir 20 tahun game Pokemon edisi pertama itu diumumkan. Pada minggu ini pada acara E3 2016, acara dimana pelbagai dibincangkan, Hyperkin’s Smart Boy berjaya mencuri tumpuan apabila mengumumkan casing khas buat telefon pintar Android. Bukan sahaja hadir dengan casing seakan-akan gameboy malah penggunaan ‘cartridge’ bakal memberikan ‘feel’ yang sama buat penggunanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

dsc00725

11081098_824475850920846_9174950330887576070_n

Oh ya, kami juga teruja bagaimana Hyperkin Smart Boy mampu memadankan telefon pintar Android bersama casing yang mempunyai slot cartridge. Ya, pengguna hanya perlu masukkan telefon pintar dan cartridge dan boleh terus ‘enjoy the game’. Cool bukan?

Hadir dengan harga yang agak mahal iaitu $59.99 mungkin membuatkan peminat Nintendo atau Pokemon tidak ramai yang membeli. Namun jika nak dibandingkan dengan pembelian Gameboy Colour yang semakin ‘rare’ ketika ini, mendapatkan Hyperkin Smart Boy dikira berbaloi.

Sumber