Windows 95 sememangnya menjadi Windows yang ikonik buat Microsoft serta orang ramai. Bukan sahaja kerana Windows ini antara yang berjaya mengubah landskap Microsoft, malah Windows 95 berjaya menjadi permulaan kepada orang ramai menggunakan komputer.

Lebih 2 dekad berlalu, Windows 95 nampaknya masih lagi menjadi bahan eksperimen untuk disertakan pada peranti-peranti terbaru. Sebelum ini, Windows 95 berjaya disertakan buat pengguna Apple Watch, Android Wear dan Xbox One.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaru, Windows 95 sudah mula ditawarkan secara aplikasi khusus buat pengguna Windows, Linux dan macOS. Buat anda yang mahu mengembalikan nostalgia bermain MS Paint pada Windows 95, anda boleh klik di sini untuk memuat turun melalui Github.

Sumber