Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Hanya mahu dikenali sebagai Coke Infy, warga Malaysia yang bekerja di Arab Saudi ini telah memuat naik banyak gambar menarik sepanjang pengembaraan beliau di negara tersebut. Namun yang paling menggamit hati saya adalah kunjungan beliau ke satu tempat.

Sekilas pandang bagaikan di USA. Rupanya ini adalah Madain Salih, lokasi bersejarah yang pernah dilaknat tuhan angkara keingkaran umat Nabi Salih ribuan tahun dulu.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Bagi anda yang membaca Al Quran pasti akan pernah baca kisah kaum Thamud yang ingkar dan tidak mahu beriman kepada Allah, tidak mengakui kenabian Nabi Salih, bersifat sombong dan angkuh hingga akhirnya mereka dihancurkan Allah dengan panahan petir yang kuat bunyinya.

Berbalik kepada Madain Salih, lokasi ini merupakan yang pertama diwartakan sebagai Unesco World Heritage site di Arab Saudi. Bukan hanya kaya dengan sejarah, Madain Salih juga menawarkan pemandangan alam semulajadi unik dan memukau.

Ikuti pengembaraan 3 hari 2 malam Coke ke beberapa lokasi bersejarah di kota lama di tengah gurun ini.

madain-salih-34

madain-salih-37

madain-salih-38

madain-salih-39

23 Nov 2017

Saya dan kawan ambil penerbangan dari King Khalid International Airport Riyadh ke Prince Abdulmajeed Airport di Al Ula. Sampai di sana, guide bernama Mr Saed menyambut kami dan terus di bawa ke Muzium Al Ula. Muzium ni kecil saja berbanding dengan muzium di Riyadh yang jauh lagi besar dan banyak mempamerkan artifak dari seluruh Arab Saudi.

Al Ula merupakan sebuah pekan kecil terletak lebih kurang 400km dari Kota Madinah. Ia juga digelar sebagai The Capital of The Ancient Kingdom of Lihyan.

Terdapat beberapa tamadun pernah wujud di sekitar Al Ula iaitu Thamud di Madain Salih (3000BC), Tamadun Dedans (700BC), Tamadun Lihyan (600-700BC) dan Tamadun Nabateans (100BC). Menurut guide kami, dikatakan Al Ula ini pada suatu masa dahulu merupakan kawasan yang ditenggelami air (laut).

Selepas sejam di muzium, kami terus dibawa ke tempat penginapan kami, Sahary Al Ola Camp yang dikelilingi gunung-gunung batu. Khemah di sini sangat cantik dan selesa dan persekitaran campsite sangat menarik sebab terletak di kawasan padang pasir yang bergunung-ganang.

24 Nov 2017

Mr Saed datang di awal pagi dan kami mulakan pengembaraan ke Old City of Dedan. Di sini ada sebuah masjid yang mana Nabi Muhammad saw pernah singgah dan solat iaitu Masjid Al-Sakhrah (the mosque of rock).

Kemudian kami mendaki sebuah bukit yang juga merupakan istana dan kubu bagi kota lama itu. Tempat tu dipanggil Al Ula Castle dan dibina dengan menggunakan batu bata, lumpur dan kayu.

madain-salih-3

Pemadangan Old City of Dedan daripada Al Ula Castle.

madain-salih-4

Magical valley, magical morning, magical view. Di awal pagi di campsite sambil tunggu Mr Saed datang.

madain-salih-5

Ini pun di campsite.

madain-salih-6

Di campsite.

Seluruh bangunan ini dibina dengan sistem pengudaraan yang bagus. Dari puncak istana/kubu ini dapat dilihat Old City of Dedan dan ladang-ladang yang terletak di sekitarnya.

Kemudian kami ke Ancient Oasis City of Dedan atau kini dikenali sebagai Al Khraiba. Di sini terletaknya kubur-kubur lama dikenali dengan nama the Lion Tombs. Makam-makam (kubur) di sini diukir dari batuan gunung berbentuk segi empat.

Terdapat ukiran/inskripsi tamadun purba Dedan dan juga inskripsi Arab lama. Terdapat juga lubang-lubang kecil di muka singa dan sekitarnya. Menurut guide kami, itu adalah kesan tembakan daripada pihak-pihak yang tertentu atas alasan ukiran tersebut berupa ukiran benda hidup atau berhala.

Tidak jauh dari kawasan Lion Tombs merupakan kawasan kuil penyembahan  Tamadun Dedan. Di sini ada sebuah perigi besar yang digunakan untuk membersihkan diri sebelum mereka masuk ke kawasan kuil. Tapi perigi ni dah kering sekarang. Kerja-kerja penggalian oleh pengkaji sejarah (excavation works) juga masih berjalan di kawasan ini.

madain-salih-7

Lion Tombs di bandar lama Dedan.

madain-salih-9

2 tamadun pernah mendiami lembah ini iaitu Tamadun Lihyan dan Tamadun Dedan.

madain-salih-8

Bentuk kubur di sini empat segi, ditembuk dari bahagian luar gunung dan sedalam 2 meter.

madain-salih-1

Yang bulat-bulat tu adalah kesan tembakan.

madain-salih-10

Inkripsi Kaum Dedan yang masih jelas dapat dilihat di sini.

madain-salih-2

Perigi di kuil di Lion Tombs. Dah kering. Tak ada air dalam perigi ni.

Pada sebelah petang, kami dibawa ke kawasan gunung yang bernama Mount Ekmah. Bagi sesetengah orang, Madain Salih merupakan tarikan utama di Al Ula.

Tapi bagi saya, Ekmah Mountain merupakan tempat yang paling mengagumkan di Al Ula. Mount Ekmah dikenali sebagai the Open Library of the Lihyan.

Di sini Bangsa Lihyan mengukir inskripsi mereka sebagai dokumen untuk acara keagamaan mereka, contohnya acara korban kepada Thi- Al-Gheebah (tuhan kepercayaan mereka) dan kebajikan.

Apa yang mengagumkan, seluruh kawasan gunung batu ini dipenuhi inskripsi dan ukiran/lukisan yang masih kelihatan dan jelas ukirannya.

madain-salih-14

Gunung Ekmah. View di sini mengingatkan saya sewaktu travel di USA. Bagi saya inilah tempat paling amazing pernah saya jejaki setakat ini dalam hidup.

madain-salih-15

Seluruh kawasan ini penuh dengan inskripsi kaum Lihyan. Sebab itu tempat ini dipanggil perpustaan kaum Lihyan.

madain-salih-16

Kaum Lihyan menulis berbagai inskripsi penyembahan di sini.

madain-salih-17

Kaum Lihyan mengukir inskripsi mereka di batu-batu gunung sebagai dokumen penyembahan mereka kepada Thi-Al-Gheebah. Kemungkinan kaum ini menyembah Al-Gheebah dan beberapa tuhan lain lagi.

madain-salih-18

Lagi ukiran penyembahan kaum Lihyan

madain-salih-19

madain-salih-20

Seluruh tempat ini penuh dengan inskripsi kaum Lihyan

Kami kemudiannya dibawa ke Harrah Owairith, salah satu puncak paling tinggi di Al Ula. Satu masa dahulu, tempat ini merupakan kawasan gunung berapi jadi tak hairanlah kawasan sekitarnya dipenuhi batu-batu basalt berwarna hitam.

Kami ke sini untuk minum-minum petang di puncak gunung dengan dijamu teh dan gahwa serta makan kurma sambil menghadap canyon yang sangat cantik. Tidak jauh dari situ, kami menyaksikan matahari terbenam dari puncak gunung sebelum pulang ke campsite.

madain-salih-12

What’s better than having tea or gahwa on top of the mountain overlooking the canyon and valley?

madain-salih-42

Ini di Harrah Owairith, salah satu puncak tertinggi di Al Ula. Tempat ini dulu adalah kawasan gunung berapi dan batu-batu di sini berwarna hitam. The view is spectacular and I’m loving it.

25 Nov 2017

Hari ini kami dibawa ke Madain Salih yang bermaksud Kota Nabi Salih. Madain Salih terdiri daripada kawasan makam, kuil (temple/shrine) dan kawasan perkampungan Nabatean yang masih lagi dijalankan kerja-kerja penggalian.

Madain Salih pada asalnya dihuni oleh Kaum Thamud (3000BC) yang merupakan bangsa purba yang sangat mahir mengukir batuan gunung menjadi rumah, makam dan kuil.

Nabi Salih pula adalah nabi yang diutuskan kepada kaum ini. Walaubagaimanapun kaum/tamadun ini telah dimusnahkan oleh gelombang bunyi yang kuat umpama petir akiabat keingkaran mereka kepada seruan Nabi Salih untuk menyembah Allah swt.

Selepas kemusnahan Tamadun Thamud, Madain Salih telah dihuni pula oleh Bangsa Nabatean (100BC) yang juga pernah wujud di Petra, Jordan. Kebanyakan tinggalan makam dan kuil di Madain Salih pada hari ini adalah daripada tinggalan Tamadun Kaum Nabatean.

madain-salih-22

Kubur raja kaun Nabatean di Madain Salih, kaum yang mendiami lembah ini selepas kaum Thamud.

madain-salih-29

Kaum Thamud pandai mengukir batu-batu gunung dan menjadikannya kediaman, kubur dan kuil penyembahan.

madain-salih-30

Kebanyakan minumen tinggalan di sini adalah dari era Tamadun Nabatean.

madain-salih-31

madain-salih-32

madain-salih-33

Kami dibawa ke kawasan kuil dan terpaksa memanjat batu-batu untuk melihat keseluruhan kawasan ini dari atas. Kawasan kuil ini sangat cantik dan unik. Di dalamnya terdapat sebuah bilik mesyuarat dan di luarnya disediakan tempat membasuh diri mereka sebelum masuk ke kawasan tersebut.

Terdapat juga tempat penyembelihan haiwan sebagai korban dan di sini juga banyak inskripsi Bangsa Nabatean.

Selepas itu kami dibawa ke sebuah tempat yang tidak jauh dari Madain Salih yang bernama Jabal Al-Fiil (elephant rock/mountain). Kawasan sekitar tempat ini sangat cantik dan saya bercadang untuk datang kembali ke tempat ini untuk berkhemah.

madain-salih-23

Jabal Al-Fiil (elephant rock/mountain)

madain-salih-24

Lokasi berhampiran Elephant Rock

madain-salih-25

madain-salih-26

madain-salih-27

Sementara menunggu flight kami pada malam hari, guide kami membentang tikar (typical Saudi culture) di padang pasir tersebut untuk lepak-lepak dan menyaksikan matahari terbenam.

Tempat tersebut sangat menenangkan kerana tiada sesiapa selain kami di situ, dan kami dikelilingi batu-batu yang sangat unik dan cantik, cuma diterangi cahaya bulan dan suasana yang sangat nyaman.

Sesiapa yang minat stargazing memang akan kagum sangat-sangat sebab langit sangat terang dan bintang kelihatan sangat jelas. Rasanya ni lah antara pengalaman paling menenangkan dalam hidup.

Pada pukul 845pm, guide kami menghantar kami ke airport untuk pulang ke Riyadh.

Saya dimaklumkan juga oleh Coke bahawa permohonan visa pelancongan ke Arab Saudi akan mula dibuka pada tahun 2018. Dan untuk kunjungan ke Madain Salih ini, masa terbaik adalah antaran bulan Oktober -Februari.

Nota: Kisah tentang kaum Thamud dan Nabi Salih ada dalam Al Quran surah Hud 67-68 yang berbunyi:

”Dan satu suara keras yang mengguntur menimpa orang-orang yang zalim itu, lalu mereka mati bergelimpangan di tempat tinggal mereka, seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah, sesungguhnya kaum Thamud mengingkari Tuhan mereka. Ingatlah, kebinasaanlah bagi kaum Thamud.”

Juga dalam surah Al-A’raf ayat 75-77, An-Naml ayat 47-50, Al-Qamar ayat 23-26, Al-A’raf ayat 75-77, An-Naml ayat 47-50, Al-Qamar ayat 23-26,Asy-Syu’araa’ 141-158.

Jadi buat anda yang akan ke Arab Saudi, mungkin mahu masukkan lokasi ini ke dalam itinerari. Banyak iktibar boleh diambil di sini selain melihat keindahan alam ciptaan yang Maha Esa.

madain-salih-35

madain-salih-36

madain-salih-40

madain-salih-41

Baca lagi: 19 Sebab Kenapa Saya Suka Travel Ke Jordan

Anda Mungkin Suka