Kembara solo di Guatemala, El Salvador, Honduras, Nicaragua, Costa Rica dan Panama banyak memberi perspektif baru buat saya.  Apa yang saya belajar dari trip ke Amerika tengah?

1. Disebab saya backpack secara solo, dalam perjalanan saya banyak bertemu dengan orang yang hebat-hebat yang membuatkan saya terfikir erti kehidupan sebenar. Mereka banyak mengajar saya supaya bersabar dalam hidup, jangan cepat berputus asa dan juga jangan suka mengeluh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Dont judge book by its cover. Melalui pembacaan saya yang tidak seberapa, saya dapat banyak review yang negatif berkenaan bas tempatan atau lebih dikenali sebagai chicken bus. Antara review yang saya baca adalah terdapat banyak kecurian di dalam bas dan juga ditipu.

Tetapi bagi saya, semasa menggunakan chicken bas, saya dapati masih ada lagi orang yang jujur dengan memulangkan kembali baki wang.

pengalaman-kembara-amerika-tengah-2

pengalaman-kembara-amerika-tengah-3

pengalaman-kembara-amerika-tengah-4

pengalaman-kembara-amerika-tengah-5

3. Bermusafir di negara bukan Muslim menjadikan saya lebih peka perihal solat. Sebagai contoh, sebelum keluar berjalan saya siap sedia dengan air sembahyang supaya senang untuk solat dan juga solat di awal waktu. Nanti kalau lewat- lewat batal pula air sembahyang.

4. Kembara yang panjang juga mengajar erti sabar. Bukan semua yang saya lalui itu indah. Kadang-kala ada mendungnya. Mengeluhlah sekejap, selepas itu bangkit kembali. Mungkin Allah sedang menguji kerana dia tahu saya atau kamu mampu laluinya. Sebagai contoh, telefon tangan saya rosak. Selama 2 hari saya tidak boleh menggunakannya. Apabila saya hendak baiki, beberapa kali pula di tipu.

5. Bersiap sedia apabila ditanya pihak imigresen. Pastikan anda mempunyai tiket pulang dan juga tempahan hotel samada yang telah dicetak atau dalam email. Kadang- kadang banyak pula soalan yang ditanya.

6. Apa yang dibaca di akhbar adalah cuma cebisan. Jika ianya boleh membuatkan kita 80% memandang negatif terhadap satu-satu negara, percayalah jika anda melihat dengan mata hati semestinya semua benda akan berubah samada bertambah baik atau sebaliknya.

Baca: Tak Tahu Bahasa Sepanyol, Bagaimana Wahi ‘Survive’ Travel 7 Bulan Di Amerika Selatan

pengalaman-kembara-amerika-tengah-6

pengalaman-kembara-amerika-tengah-7

pengalaman-kembara-amerika-tengah-8

pengalaman-kembara-amerika-tengah-9

pengalaman-kembara-amerika-tengah-10

7. Saya selalu terfikir kenapa anak muda kita kurang gemar untuk mengembara. Kalau nak kata tak ada duit, percayalah manfaatnya membuatkan anda menitis air mata dan sukar untuk digambarkan.

8.Jika kita merasakan susah dengan kehidupan ini, kembaralah. Nescaya anda akan sedar betapa bertuahnya diri ini. Tidak perlu hidup merempat, ada makan pakai cukup.

9. Musafir ini juga mengajar saya untuk sentiasa berhati-hati dan juga peka dengan keadaan sekeliling. 3 nyawa saya adalah passport, beg duit dan juga telefon. Saya akan memeriksa barang-barang ini berulang kali. Dari perbualan saya dengan penduduk tempatan, kalau anda dirompak tiada siapa yang akan menolong. Kerana perkaran tersebut sudah sebati dalam kehidupan mereka.

Dan yang terakhir

10. Percayalah walaupun berada beribu batu, Malaysia tetap di hati. Rindu nak makan nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang. Hehehe. Susah benar nak dapat makanan halal di sini. Saya cuma merasa makanan halal semasa di Costa Rica dan juga Panama.

Percayalah Amerika tengah terbaik! Seterusnya, Amerika Selatan, Insyaallah.

Baca lagi: Ini 10 Tip Daripada Kami Setelah 5 Bulan Mengembara Di Amerika Selatan

pengalaman-kembara-amerika-tengah-11

pengalaman-kembara-amerika-tengah-12

pengalaman-kembara-amerika-tengah-13

pengalaman-kembara-amerika-tengah-14