Kia Orana!

Kita lebih sinonim dengan ungkapan “Kia Ora” oleh rakyat New Zeland ketika memulakan perbualan sebagai tanda salam setiap kali berkunjung ke negara ini. Namun ia berbeza pula bila di Rarotonga, Cook Islands, sebuah negara Polynesia ini.

Mungkin ramai pernah mendengar tentang nama Kepulauan Pasifik atau Polynesia. Mereka terdiri daripada pulau negara-negara kecil yang terletak di tengah-tengah keluasan laut Pasifik.

Antara negara Polynesia yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia adalah Fiji, Samoa dan Tonga. Namun adakah anda pernah mendengar sebuah negara yang teramat kecil yakni bersaiz 30km ukur lilitnya? Negara itu ialah Cook Islands yang terletak di tengah-tengah kepulauan Pasifik Selatan.

Perjalanan untuk mengelilingi negara ini hanya memakan masa selama 45 minit dengan menaiki skuter, dengan had kelajuan maksimum kenderaan adalah 50 km/j di jalan utama.

Cook Islands terdiri daripada 15 buah pulau iaitu Rarotonga, Aitutaki, Atiu, Mangaia, Mauke, Mitiaro, Palmerston, Manuae, Takutea, Manihiki, Rakahanga, Penryhn, Pukapuka, Nassau dan Suwarrow.

Namun dua pulau yang paling popular dengan pelancong adalah pulau utama dan terbesar, iaitu Rarotonga serta Aitutaki yang merupakan pulau yang mempunyai lagun tercantik di dunia.

Untuk pemegang passport Malaysia, tiada visa dikenakan ke atas anda namun tempoh masa untuk berada di Cook Islands hanya selama 31 hari. Pihak kastam akan meminta anda untuk menunjukkan tiket pulang (keluar dari Cook Islands) seawal ketika proses ketibaan.

  1. Penerbangan saya

Jetstar Airlines dengan tiket berharga 434 Aud
1. Penerbangan JQ201 Sydney – Auckland (3 jam)
2. Penerbangan JQ129 Auckland - Rarotonga (4 jam)

Zon masa untuk Cook Islands adalah sama dengan Hawaii, iaitu lambat sehari berbanding benua Asia. Maka, untuk perjalanan dari Auckland ke Rarotonga, saya telah kembali pada hari yang sama semasa saya bertolak dari Auckland. Dalam ertikata lain saya melalui semula hari yang sama, di tempat berbeza.

[caption id="attachment_145753" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-1 Anda boleh solat di ruang solat di Auckland Airport yang terletak berhampiran dengan KFC di Departure level.[/caption]

[caption id="attachment_145754" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-2 Terserempak dengan sekeluarga rakyat Malaysia di Auckland Airport. En Hafidzuddin, Puan Zuraida dan anak-anak.[/caption]

[caption id="attachment_145755" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-3 Kia Orana Rarotonga![/caption]

[caption id="attachment_145756" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-4 Jetstar merupakan antara servis penerbangan tambang murah di kawasan Asia-Pasifik[/caption]

2. Sambungan internet

Untuk pakej internet di Cook Islands, saya menggunakan kad sim BlueSky untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Negara Cook Islands ini menggunakan mata wang New Zealand iaitu NZ Dollar (NZD).

Terdapat 2 jenis pelan internet untuk pelancong iaitu:
i. Simkad lokal 900 MB untuk 20 NZD + 5 NZD kos untuk simkad (masa tidak terhad)
ii. Simkad visitor 3G untuk 49 NZD (terhad 15 hari sahaja)

[caption id="attachment_145757" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-5 BlueSky di Rarotonga Airport[/caption]

[caption id="attachment_145758" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-6 Pakej yang ditawarkan oleh BlueSky. Internet di pulau ini sememangnya amat mahal.[/caption]

3. Penginapan

Untuk penginapan, saya mengambil keputusan untuk tinggal bersama orang tempatan di kawasan perkampungan Matavera melalui Airbnb. Hos Joseph Riggot dan isterinya, Odette merupakan ‘Superhost’ dalam AirBnB setelah menerima respons yang baik daripada tetamu-tetamu mereka.

Mereka turut menyediakan sarapan serta servis ‘airport transfer’ secara percuma kepada tetamu mereka. Buat anda yang kali pertama mendengar AirBnB, secara asasnya, ia merupakan platform bagi anda mencari untuk penginapan, namun ia juga menawarkan khidmat tourguide serta pengalaman bersiar-siar bersama orang tempatan. Anda boleh sign up di sini untuk mendaftar akaun sebagai pengguna AirBnB.

[caption id="attachment_145759" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-7 Bilik untuk seorang yang berharga 30 NZD semalam.[/caption]

[caption id="attachment_145760" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-8 Kawasan sekeliling Airbnb saya yang merupakan kawasan ladang kecil namun, hos Joseph rajin untuk menghias kawasan sekeliling.[/caption]

[caption id="attachment_145761" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-9 Sarapan setiap pagi bersama hos dan tetamu-tetamu lain yang berasaskan buah dan cereal.[/caption]

[caption id="attachment_145762" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-10 Iklim tropika, cuaca serta permandangan di Cook Islands sama sahaja seperti khatulistiwa di Malaysia.[/caption]

[caption id="attachment_145763" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-11 Peta menggantikan Google Maps.[/caption]

4. Pengangkutan

Cara terbaik untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat adalah dengan menyewa skuter. Hos saya, Joseph turut menyediakan basikal untuk digunakan secara percuma namun dek kerana cuaca yang panas terik seperti Malaysia membuatkan saya memilih skuter.

Anda boleh menggunakan lesen B2, B atau D dari Malaysia untuk menyewa kenderaan di sini. Had laju maksimum di negara ini adalah 50 km/j di jalan utama iaitu jalan yang mengelilingi pulau ini.

Untuk jalan-jalan kecil di kawasan kampung, had berbeza dari 20-40 km/j. Helmet adalah diwajibkan untuk pelancong. Cook Islands juga telah mengetatkan peraturan berkaitan trafik di sini khususnya pelancong luar kerana beberapa tahun lepas, terdapat kes di mana pelancong yang menunggang skuter dengan laju telah melanggar kanak-kanak tempatan sehingga meninggal dunia.

Berpunca dari kejadian ini, pihak berkuasa mengambil serius kemalangan yang telah berlaku dan menguatkuasakan undang-undang trafik secara tegas.

[caption id="attachment_145764" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-12 Skuter yang disewa pada harga 13.50 NZD sehari. Terdapat 3 syarikat sewa skuter dan kereta di kawasan Muri iaitu Polynesian rental, Avis rental dan Pacific rental.[/caption]

[caption id="attachment_145765" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-13 Lagun Muri yang terletak berhampiran dengan daerah Matavera.[/caption]

[caption id="attachment_145766" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-14 Lagun Muri[/caption]

5. Lokasi menarik untuk dilawati

Pada waktu malam, hanya terdapat satu pasar untk merasai street food iaitu Muri Night Market. Untuk yang beragama Islam, makanan halal sememangnya tiada di sini, jadi saya mengambil pendekatan hanya mengambil makanan laut atau sayur.

[caption id="attachment_145767" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-15 Kari udang harimau berserta nasi yang berharga 15 NZD sepinggan.[/caption]

[caption id="attachment_145768" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-16 Chef udang harimau[/caption]

[caption id="attachment_145769" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-17 Pancake mini[/caption]

[caption id="attachment_145770" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-18 Uncle Tuhe yang menjual pelbagai jenis air buah.[/caption]

Jika anda tiba di Cook Islands, tidak sah jika anda tidak mencuba ‘Cross Island Track’. Cara terbaik untuk melakukan trek ini adalah dari utara ke selatan iaitu dari Avatiu Road ke Papua Road kerana di bahagian selatan terdapat banyak kawasan berlumpur, berair serta lebih curam yang menyukarkan perjalanan anda.

Di pertengahan jalan, anda akan tiba di puncak bukit iaitu The Needle atau dalam bahasa tempatannya Te Rua Manga. Pendakian memakan masa selama 1 jam 15 minit melalui trek yang dipenuhi akar, panas terik dan amat curam.

[caption id="attachment_145771" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-19 Permandangan dari atas Te Rua Manga[/caption]

[caption id="attachment_145772" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-20 Inilah rupa The Needle itu. Ia merupakan salah satu puncah daripada 7 puncak bukit di sini.[/caption]

[caption id="attachment_145773" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-21 Rehat sebentar sambal bergambar.[/caption]

[caption id="attachment_145774" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-22 Pulau yang dikelilingi lautan Pasifik biru.[/caption]

[caption id="attachment_145775" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-23 Long-exposure sikit.[/caption]

Anda boleh memanjat sehingga separuh ketinggian Te Rua Manga, namun atas risiko sendiri. Pada ketika ini, saya dapat berfikiran dengan waras dan tidak memanjatnya kerana saya berseorangan ketika itu serta rantai yang diragui keselamatannya.

[caption id="attachment_145776" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-24 Rantai yang meragukan[/caption]

[caption id="attachment_145777" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-25 Amaran awal daripada pihak berkuasa yang tidak bertanggungjawab atas risiko yang diambil jika memanjat batu itu.[/caption]

Pada waktu malam, Cook Islands sememangnya menyajikan permandangan bintang-bintang yang cantik, namun pada ketika saya melawat ia merupakan masa bulan purnama, maka gambar Galaksi Bima Sakti hampir mustahil untuk diambil. Tambahan pula, awan-awan yang melindungi langit malam serta kemahiran amatur saya turut membantutkan usaha untuk mengambil gambar bintang.

[caption id="attachment_145778" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-26 Milky Way yang diterangi cahaya bulan bak ‘spotlight’[/caption]

[caption id="attachment_145779" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-27 (T_T) Silap timing masa bulan penuh[/caption]

Cook Islands juga merupakan tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti scuba dan snorkel. Ini merupakan pertama kali saya bersnorkel dalam hidup. Kawasan yang paling baik untuk bersnorkel di pulau ini adalah Titikavera yang terletak berhampiran Lagun Muri.

Hos Joseph turut memberi set snorkel secara percuma kepada tetamu mereka, jadi saya telah berjimat kos sebanyak 15 NZD untuk menyewa set snorkel selama 1 hari.

[caption id="attachment_145847" align="alignnone" width="1000"]kembara cook islands Kali pertama snorkel[/caption]

[caption id="attachment_145781" align="alignnone" width="1000"] Ikan-ikan di Titikavera[/caption]

[caption id="attachment_145782" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-30 Ikan-ikan lagi.[/caption]

[caption id="attachment_145783" align="alignnone" width="1000"] Tapak sulaiman yang ada 6 kaki[/caption]

6. Cultural Village

Jika anda pernah berkunjung ke New Zealand, pasti anda akan melawat perkampungan Maori khususnya di kawasan Rotorua seperti Te Puia atau Tamaki Maori Village.

Sepertimana di New Zealand, Cook Islands turut menyediakan servis cultural village melalui Te Vara Nui cultural village di kawasan Muri yang berharga 109 NZD.

Namun, saya amat beruntung apabila tinggal bersama orang tempatan kerana kebetulan pada ketika itu, ada persembahan kebudayaan istimewa dari pelajar-pelajar Tereora College. Tiket masuk hanya berharga 5 NZD dan pengalaman pada malam itu amat istimewa.

Pelajar dari Tereora College akan mewakili negara Cook Islands untuk kali pertama dalam pertandingan Polynesian Festival yang akan diadakan di Auckland, New Zealand. Mereka akan bertanding dengan negara-negara dari Pasifik seperti Samoa, Fiji, Niue, Tonga dan lain-lain.

Sepertimana yang dikatakan oleh isteri hos saya Odette, “Persembahan pada malam itu sememangnya ditujukan kepada orang tempatan berbanding pelancong, maka pelajar-pelajar tersebut sememangnya bekerja keras untuk memikat hati orang-orang tempatan.”

[caption id="attachment_145784" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-32 Tarian tradisional dari pelajar-pelajar[/caption]

[caption id="attachment_145786" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-34 Penari-penari berkumpul untuk sesi bergambar[/caption]

[caption id="attachment_145787" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-35 Sebahagian daripada penari-penari.[/caption]

kembara-cook-islands-33

7. Souvenier

Alang-alang sudah jauh berjalan, sudah pasti cenderamata akan dibeli atas tanda kenang- kenangan berpijak di bumi Pasifik buat kali pertama ini.

GAMBAR 36: Kedai yang menjual cenderamata di hadapan roundabout. Cook Islands hanya mempunyai dua roundabout di negara ini di Avarua Town.

[caption id="attachment_145788" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-36 Hawaii mode on.[/caption]

[caption id="attachment_145789" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-37 Kain sarung pareus merupakan antara cenderamata popular di sini.[/caption]

[caption id="attachment_145790" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-38 Alatan ketika zaman kanibal[/caption]

kembara-cook-islands-39

kembara-cook-islands-40

[caption id="attachment_145793" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-41 New Zealand slang menggunakan istilah Jandal. Antara istilah lain yang digunakan oleh Australia dan Eropah adalah flip-flop dan thongs.[/caption]

Ini merupakan kali pertama saya travel dan bergaul dengan orang tempatan secara rapat kerana sebelum ini, apabila dalam kumpulan, kita akan jarang berinteraksi dengan orang tempatan dan lebih menumpukan pada rakan-rakan serta telefon pintar.

Oleh itu, buat anda yang yang tidak pernah solo travel, cubalah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup dan rasai pengalaman menjadi 'total stranger in a place with strangers around you'.

Suka saya untuk kongsikan ucapan dari Zahariz Khuzaimah ketika sebuah majlis di Oasis Damansara, "when we travel, we will meet the locals who are strangers. That is the time where both parties were not judging each other and have a positive impression. That’s how positive is promoted via travelling”.

kembara-cook-islands-43

[caption id="attachment_145795" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-44 Uncle-uncle yang sempoi. Susuk tubuh orang berbangsa Maori sememangnya besar, tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita.[/caption]

[caption id="attachment_145796" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-45 Dari kiri: Andy, baby Emma, Anna, Petra, Odette, Joseph, Monika, Julian dan Mark. Apabila rakyat Jerman, Austria, Australia, Poland, UK, Cook Islands dan Malaysia duduk semeja ketika sarapan.[/caption]

[caption id="attachment_145797" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-46 Papa Tupa dan Mama yang merupakan warga senior di sini.[/caption]

8. Hilang 1 hari tapi dapat kejutan bermakna

Penerbangan saya dari Rarotonga pada hari Jumaat, 2 Mac 2018 pada pukul 10pm dan tiba di Auckland, Ahad 4 Mac 2018 pada pukul 1.30am. Setelah melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) di Pasifik, saya telah kehilangan hari Sabtu dan perlu transit di Auckland selama 5 jam sebelum pulang ke Sydney.

Dalam kebosanan menunggu kaunter check-in dibuka selama beberapa jam, rezeki yang tidak dijangka, saya dapat bertemu pemain-pemain kelab Blues dari Auckland. Sebahagian pemain-pemain kelab ragbi ini merupakan pemain All Black untuk negara New Zealand.

[caption id="attachment_145799" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-48 Ofa Tu’ungafasi (Tighthead Prop All Black)[/caption]

[caption id="attachment_145798" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-47 Michael Collins[/caption]

[caption id="attachment_145800" align="alignnone" width="1000"]kembara-cook-islands-49 Rieko Ioane, Sony Bill Williams dan rakan sepasukan akan berlepas ke South Africa untuk meneruskan kempen Super Rugby.[/caption]

Sekian perkongsian dari saya berkaitan Rarotonga, Cook Islands dan Airport Auckland.

Kia Manuia
Meitaki Ma’ata the Little Paradise of Raro.