Pelawak dan ahli kumpulan Bocey, Achey berkata beliau dan rakan pelawaknya Fad sebelum ini pernah memberi saranan kepada kepada balu arwah Abam, Nor Hidayah dan Ali Puteh untuk menyelesaikan konflik dialami mereka ketika ini.

Achey dan Fad sebelum ini seperti dilaporkan Harian Metro pernah menyarankan kepada kedua-dua pihakĀ  untuk menyelesaikan konflik tersebut secara tertutup namun menjelaskan ianya tidak diterima.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Sedih apabila perkara ini berlaku. Saya dan Fad ada menghubungi kedua-dua belah pihak dan menyarankan agar perbincangan diadakan secara musyawarah.

“Kita ada hukum Islam yang boleh diikuti dan dengan itu, semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Namun, nampaknya saranan kami tidak diterima,” katanya kepada Harian Metro.

Konflik antara kedua-duanya berhubung isu faraid berlarutan dengan Ali pada semalam memfailkan saman balas terhadap bekas kakak iparnya itu selepas dia terlebih dahulu disaman sebelum ini.

Nor Hidayah yang ditemubual wartawan selepas sebutan kes tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada semalam bagaiamanapun tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai saman tersebut dan percaya kebenaran akan terbongkar suatu hari nanti.

Takut beri kesan kepada anak

Saranan untuk menyelesaikan kemelut itu menurut Achey diberikan kerana tidak mahu ia memberi kesan kepada anak arwah Abam Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Beliau bagaimanapun menjelaskan dirinya dengan Fad mempunyai batasan untuk masuk campur dalam urusan keluarga tersebut.

“Bukan apa. Kalau kemelut ini berterusan saya takut ia memberi kesan kepada Hamzah apabila dia sudah dewasa nanti.

“Tapi, saya dan Fad pun ada batasan kerana kami tak boleh terlalu masuk campur memandangkan kami bukanlah ahli keluarga,” katanya.

Baca perkogsian kami sebelum ini mengenai saman balas yang dikemukakan Ali Puteh terhadap balu arwah abangya pada semalam di pautan di bawah.

Mahu Kebenaran Terungkai, Ali Puteh ‘Balas’ Saman Isteri Arwah Abam Bocey

Ali Puteh Dedahkan Terima Hampir 100,000 Permohonan Maaf Selepas Buat Penjelasan Sebenar

Sumber