Umum mengetahui majlis perlantikan Menteri Besar Perlis semalam mengundang kemurkaan Raja Perlis atas ketidakhadiran sembilan ADUN BN dalam acara tersebut. Difahamkan hanya 3 ahli daripada Pakatan Harapan dan 2 ahli dari PAS yang hadir dalam acara tersebut. Lebih mengeruhkan keadaan apabila Menteri Besar Azlan Man dinasihatkan untuk meletak jawatan pula.

Sejak semalam #PerlisIsSoSmall mula trending di Twitter berikutan dengan drama yang berlaku dalam politik negeri terkecil di Malaysia ini. Hashtag itu mula trending dan disambut dengan meriah oleh rakyat Malaysia. Difahamkan bebenang bermula dengan Tweet ini.

Berikut kami kongsikan beberapa Tweet yang agak mencuit hati. Jangan marah ya orang Perlis.

Namun ada juga pengguna Twitter yang agak terasa dan menganggap pengguna Twitter yang lain sedang memperlekehkan negeri tersebut.

Adakah anda salah seorang penyumbang Tweet yang menjadikan hashtag ini trending di Twitter?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group