Kaum Muslim Rohingya mampu menarik nafas lega apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengeluarkan amaran tegas kepada Myanmar untuk menghalang pembunuhan umat Islam di sana.

“Kemenangan pertama”, kata Ro Nay San Lwin, aktivis Rohingya Muslim berusia 42 tahun.

“Rakyat saya, mereka sangat gembira dan berasa seperti hari ini keadilan telah disampaikan,” katanya. “Selepas penderitaan yang lama, suara mereka akhirnya mendapat sambutan.”

image1170x530cropped
UN News

Kemenangan ini telah berjaya menarik nafas lega kepada para aktivis dan pelarian muslim Rohingya.

Mahkamah Keadilan telah meluluskan langkah awal dan memerintahkan kerajaan Myanmar untuk “mengambil semua langkah dengan kuasa yang ada” untuk menghentikan penganiayaan kumpulan minoriti negara itu.

Mereka turut diminta untuk melaporkan semula dalam masa empat bulan, kata Hakim Abdulqawi Yusuf ketika membaca ringkasan penghakiman.

Menurut keputusan mahkamah, fakta yang dilampirkan kepada PBB telah menetapkan bahawa wujud penganiyaan masyarakat Rohingya di Myanmar dalam bentuk pukul, pembunuhan beramai-ramai, rogol dan apa jua kekerasan seksual, kemusnahan kampung dan rumah, dan dinafikan hak untuk makan, berlindung dan apa sahaja keperluan hidup yang lain.

NETHERLANDS-MYANMAR-GAMBIA-ICJ-GENOCIDE-ROHINGYA
UN News

Keputusan ini hadir beberapa jam selepas pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi mengakui bahawa jenayah perang ‘mungkin telah dilakukan’ oleh pihak tentera pada 2017 selepas kerajaan menafikan kenyataan saksi.

Bagi Menteri keadilan Gambia, Abubacarr Tambadou, berkata,”Para hakim sepakat memutuskan bahwa genoside tidak dapat ditolak ansur dan keperluan untuk Rohingya dilindungi adalah “kemenangan untuk keadilan antarabangsa”.

Jika anda yang lupa apa terjadi kepada kaum muslim di sana, jemput baca tulisan di bawah. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

13 Fakta Tentang Situasi Sukar Pelarian Rohingya

Majoriti Rakyat Malaysia Tidak Setuju Jika Kaum Muslim Rohingya Ditempatkan Di Negara Ini

CCTV Dengan ‘Face Recognition’ Bakal Bantu Kurangkan Jenayah Di Selangor