Program pertandingan Big Stage 2019 berakhir semalam dan telah menobatkan Han Byul sebagai juara diikuti Neeta di tempat kedua dan Adzrin di tempat ketika. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Jika anda lihat persembahan mereka semalam, pasti anda dapat lihat kekuatan dan bakat mereka dalam setiap persembahan yang mereka lakukan. Akan tetapi, setelah Han Byul diumumkan sebagai pemenang, ada segelintir netizen tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, ada segelintir yang mempertikaikan kebolehan peserta Malaysia sehingga orang asing boleh menangi pertandingan tersebut. Selain itu, ada juga yang mengecam Han Byul dengan mengatakan tanpa rupa beliau tidak akan menang.

https://twitter.com/faliqfahmie/status/1180872012740186112

EGNZSYTUYAEZmOk

Berikutan itu, ada segelintir netizen yang mempertahankan Han Byul dengan menyatakan persembahan Han Byul konsisten setiap minggu dan tidak pernah mengecewakan merupakan faktor kemenangan beliau.

Selain itu, usaha yang luar biasa ditonjolkan oleh Han Byul untuk menyanyikan lagu berbahasa Melayu berjaya memukau ramai pihak. Tidak dapat dinafikan juga, persaingan yang hebat antara kesemua peserta menjadikan pertandingan ini lebih menarik.

Bagi anda yang menonton Big Stage 2019 ini, apakah pandangan anda mengenai isu ini? Sebelum ini juga netizen bertikam lidah kerana artis KPOP menang anugerah ABPBH. 

Netizen Pertikai Relevan Anugerah Khas Untuk Artis K-Pop Di ABPBH 32

Netizen Dakwa Pihak Pawagam Tempatan Sabotaj Tayangan Filem Motif

‘Tweet’ Maya Karin Tentang Pelajar Tidak Boleh Berbahasa Inggeris Cetus Perbalahan Antara Netizen