Anugerah Juara Lagu 32 (AJL) merupakan pentas pertama buat Haqiem Rusli menerusi lagu popular beliau, Tergantung Sepi. Beliau dinobatkan pemenang tempat ke-3 selepas persembahan hebat beliau semalam.

Namun bagi Haqiem, kemenangan ini juga turut ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan beliau yang lain. Beliau dikhabarkan sedikit terkilan rakan artis yang baru dalam industri muzik ini sentiasa menjadi mangsa kecaman.

Dengan kemenangannya di AJL semalam sedikit sebanyak dapat membantu menyelamatkan rakan-rakannya yang lain daripada terus dikecam. Bagi Haqiem, rakan-rakan artis baharu seperti Aiman Tino,Hassad Motawh, Tajul dan ramai lagi sentiasa dikecam netizen tanpa diberi ruang untuk ‘bernafas’.

Bagi beliau, setiap artis mempunyai keunikkan mereka yang tersendiri dan beliau mahu setiap artis diberi ruang dan masa untuk mereka improve di masa akan datang.

Kami setuju yang diluahkan oleh Haqiem ini. Mana-mana artis sekali pun pasti akan melalui fasa ini sebelum mereka menjadi artis yang disegani dalam industri. Artis-artis ‘baru nak up’ inilah artis pelapis yang mungkin akan mengharumkan nama negara satu hari nanti.

Sumber