Anugerah Kostum Kebangsaan Terbaik yang dimenangi oleh Malaysia sebentar tadi telah ditarik balik oleh pihak penganjur selepas terdapat kesilapan teknikal.

Sebelum ini, peserta dari Malaysia telah berjaya memenangi anugerah terbabit dengan gaya ‘A Peranakan Indulgence’, kostum ini direka oleh Carven Ong yang diilhamkan oleh warisan masyarakat Peranakan yang kaya dengan tradisi dan budaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi sebaliknya anugerah itu dimenangi oleh wakil dari Filipina, Gazini Ganados yang hadir dengan kostum berwarna kelabu

Harvey menjelaskan ia adalah kesalahan teleprompter yang dirujuk oleh beliau.

Insiden sama turut terjadi pada tahun 2015 di mana Harvey turut tersilap mengumumkan pemenang.

Harvey dalam kenyataannya berkata pihak penganjur sepatutnya berhenti daripada melakukan perkara ini kepadanya.

Awal pagi tadi, kami menulis Anugerah Kostum Kebangsaan Terbaik di Miss Universe di menangi oleh Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Malaysia Rangkul Anugerah Kostum Kebangsaan Terbaik Di Miss Universe 2019