Semenjak beberapa hari lalu telah tular di laman sosial mengenai penemuan jarum di dalam strawberi yang diimport dari Australia. Ya, benar. Malah kes ini bukan dialami oleh seorang pengguna sahaja tetapi hampir kesemua pengguna yang membeli strawberi dari negara tersebut.

Terbaharu objek sama dijumpai di dalam pisang, lebih parah lagi pisang tersebut menjadi santapan seorang kanak-kanak di Australia. Objek yang sama turut dikesan di dalam buah-buahan yang lain seperti epal dan mangga. Hal ini telah mencetuskan tindakan pantas pihak berkuasa Australia dengan mengeluarkan amaran untuk memotong atau membelah terlebih dahulu buah-buahan yang dibeli sebelum dimakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara ini juga telah sampai kepada pengetahuan pihak berkuasa Malaysia dengan memertingkat pemantauan keselamatan terhadap buah-buahan yang diimport dari negara tersebut. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak berkuasa Australia sedang bekerjasama dengan pihaknya untuk memantau semula buah-buahan yang berasal dari negara tersebut.