Pada awal minggu ini Jabatan Kesihatan Taipei menemui etilena oksida di dalam dua mi segera dari ‘Ah Lai White Curry Noodles’ buatan Malaysia dan ‘Indomie: Special Chicken Flavour’ pula buatan Indonesia.

Sehubungan dengan itu, dalam satu kenyataan rasmi KKM Putrajaya, ‘Ah Lai White Curry Noodles’ persampelan di Malaysia mendapati produk itu mematuhi perundangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Meskipun begitu, bagi memastikan kawalan keselamatan makanan yang berterusan, KKM telah mengarahkan kepada pihak syarikat untuk menarik balik secara sukarela produk Ah Lai White Curry Noodles bagi batch berkaitan yang mempunyai tarikh luput 25 Ogos 2023 dari pasaran tempatan sekiranya ada,” terang KKM.

Bagi produk ‘Indomie: Special Chicken Flavour’, KKM telah mengeluarkan arahan untuk tindakan ‘Tahan, Uji dan Lepas’ bagi produk berkenaan di semua pintu masuk negara dan meminta pihak syarikat menarik balik secara sukarela produk terlibat dari pasaran.

Tambah KKM lagi, melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan keselamatan makanan yang beterusan ke atas produk Mi Sedaap keluaran negara Indonesia sejak penemuan kandungan Ethylene Oxide di dalamnya pada tahun 2022.

Hasil pemantauan sehingga kini, daripada 36 sampel produk mi segera pelbagai jenama di pasaran tempatan, 11 sampel produk Mi Sedaap telah mengandungi Ethylene Oxide. 

Tindakan penguatkuasaan telah diambil seperti kompaun, tindakan mahkamah dan juga penarikan balik produk dari pasaran.

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Taipei melakukan pemeriksaan mi segera dilakukan dengan memilih secara rawak 30 produk dari pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, pasar basah tradisional, kedai makanan Asia Tenggara dan pengimport borong di bandar itu — dua jenama mi segera dari Malaysia dan Indonesia didapati mempunyai kandungan yang boleh mendorong penyakit kanser.