Jika tahun lepas rakyat Malaysia mengkritik rekaan logo kemerdekaan Malaysia yang dikatakan terlalu simple ibarat gambar bendera yang di crop menggunakan paint, tahun ini rekaan logo kemerdekaan akan tampil dengan pendekatan yang berbeza.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengadakan pertandingan mencipta logo kemerdekaan 2018 dan mengalu-alukan orang ramai untuk menyumbangkan idea kreatif melalui ciptaan logo bersempena Hari Kebangsaan 2018 yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’.

Dalam satu kenyataan yang dibuat, logo yang terpilih sebagai pemenang akan digunakan sebagai logo rasmi bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini. Orang ramai yang berminat boleh menghantar logo ciptaan menerusi laman Facebook Merdeka 360 atau laman web malaysiamerdeka.my.

Ingin mencipta Sejarah? Ayuh sumbangkan rekaan logo "Sayangi Malaysiaku" sempena Hari Kebangsaan 2018Syarat -syarat…

Posted by Merdeka 360 on Thursday, 7 June 2018

Selain itu juga, kerajaan turut menerima cadangan atau idea untuk memeriahkan pertandingan dan sambutan merdeka dan sambutan Hari Malaysia tahun ini. Kepada yang berminat anda boleh menghantar logo dan idea di laman Facebook dan web mengikut alamat di atas dan tarikh tutup pada 7 Julai 2018.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group