Isu kelulusan pendidikan palsu bukanlah perkara yang baru yanng berlaku dalam masyarakat bahkan sebelum ini ramai figura awam yang ‘tertangkap’ dengan isu ini. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif untuk melancarkan Sistem Pengeluaran dan Pengesahan Universiti (e-Scroll) bagi mengatasi masalah tersebut.

Sistem ini bukan sahaja dapat mengelakkan pengeluaran ijazah palsu daripada pihak yang tidak bertanggungjawab tetapi juga memastikan kualiti sijil pendidikan di negara ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sistem yang menggunakan teknologi blockchain telah disertai 6 buah universiti awam iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sistem ini mempunyai ciri istimewa iaitu kod pengimbas QR yang dicetak di atas sijil untuk membolehkan pengesahan sijil dilakukan dengan pantas dimana sahaja melalui jaringan internet.