Sejak ChatGPT diperkenalkan, masyarakat dunia telah menggunakan secara meluas dalam menyelesaikan  urusan seharian. Bagaimanapun, ada sebahagian pelajar yang menyalah gunakan chatbot ini untuk tugasan yang diberikan.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Tinggi  telah mengambil langkah proaktif mengenai isu ini dan sedang meneliti garis panduan penggunaan kecerdasan buatan seperti ChatGPT dalam sistem pendidikan negara. KPT pada ketika ini melihat ChatGPT sebagai alat penyelesaian yang dapat membantu proses pembelajaran di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menyedari akan risiko ia boleh digunakan sepenuhnya oleh pelajar untuk menghasilkan kertas kerja tanpa input sebenar dilakukan oleh mereka. Terdapat pelbagai perisian telah dihasilkan untuk mengesan karangan yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan.

Untuk makluman, sekitar Januari lalu, KPT telah mengusulkan kertas putih A New Horizon for Science, Technology and Innovation – A Strategy for Malaysia, yang bertindak memacu perubahan pada aliran pembelajaran di negara. Tidak hanya itu, kertas putih ini berperanan meneliti pengurusan isu gangguan teknologi ke atas sektor pendidikan negara.

Sebelum ini, sudah dilaporkan sesetengah universiti di luar negara mula mengharamkan penggunaan kecerdasan buatan kerana dikesan telah disalah guna. Jadi, tindakan KPT ini sememangnya diperlukan dalam memastikan setiap pelajar berlaku telus dalam melakukan tugasan yang diberikan.

Sumber