Bermula sebagai platform altenatif selain buat orang ramai mendapatkan kenderaan ke sesebuah destinasi, nampaknya perkhidmatan perkongsian kereta atau e-hailing ini semakin mendapat tempat di negara kita. Platform ini juga berjaya menjadi tempat buat orang ramai mencari rezeki dengan mendaftarkan diri sebagai pemandu.

Bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mengkaji perkhidmatan ini, Kementerian Pengakutan pada hari ini telah mewajibkan penyedia platform beserta pemandu untuk mendapatkan lesen khas bermula 12 Julai 2018. Para pengusaha beserta pemandu turut diberikan tempoh setahun untuk memenuhi syarat yang ditetapkan kerajaan.

DfGcH8uV4AAmEW_
Sumber: JPJ Malaysia

Berikutan aduan yang dibuat oleh pihak pemandu, pihak kerajaan turut mengetatkan kadar yang dicas oleh pihak pengusaha dimana pihak penyedia platform hanya boleh mengecas komisen sebanyak 20% sahaja. Hal ini sekaligus bakal mengurangkan beban para pemandu yang sebelum ini dicas sehingga 25% komisen.

Dalam usaha melatih para pemandu menawarkan perkhidmatan yang lebih baik, para pemandu juga diwajibkan menjalani latihan selama enam jam dan dikenakan bayaran RM200 dimana latihan ini bakal dijalankan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Grab

Bagi perspektif para penumpang pula, kadar tambang maksimum yang boleh dinaikkan oleh penyedia platform kini dihadkan kepada dua kali ganda sahaja. Demi keselamatan pengguna, para pemandu kini perlu berkongsikan gambar kad pengenalan sebelum mendaftarkan diri sebagai pemandu.

Selain itu, pihak kerajaan akan turut menawarkan solusi mengenai isu monopoli yang kerap dibincangkan netizen sejak gabungan Uber bersama Grab. Difahamkan kajian ini dibuat terdapat aduan yang mengatakan caj yang ditawarkan Grab semakin mahal selepas gabungan dibuat.

25402105
Sumber: Says

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh pihak, adakah anda selaku pemandu atau penumpang tegar berpuas hati dengan undang-undang yang dibuat? Kongsikan pendapat anda pendapat bersama kami di ruangan komen. Anda juga boleh klik di sini untuk membaca dengan lebih lanjut melalui laman Twitter Sumisha Naidu.

Sumber