Aplikasi Tik Tok sememangnya sedang hit ketika ini dan ramai yang sudah kenal sangat dengan aplikasi ini.

Namun kadangkala video yang dimuat naik menimbulkan rasa kurang senang kepada sesetengah pihak dan disebabkan itu, Kementerian Pertahanan Malaysia mengambil langkah untuk memperingati Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya tidak menjejaskan imej Kementerian Pertahanan dengan aplikasi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=MhmXDWVwSxk

Bagi menjaga imej ATM, warga ATM tidak dibenarkan sama sekali memuat naik video diri sendiri atau rakan setugas melalui aplikasi Tik Tok ketika masih berpakaian seragam.

Peringatan turut dibuat Kementerian Pertahanan bahawa warga ATM bukan artis dan juga bahan publisiti murahan. Jadi diharap dengan adanya peringatan ini, uniform ATM tidak tercemar menerusi aplikasi Tik Tok ini. Boleh buat video Tik Tok ini sekadar hiburan. Tetapi hiburan pun ada batasnya.