Ketika di bangku sekolah dahulu, pasti anda ingat yang anda kena mendengdangkan syair dan pantun. Akan tetapi, bukan mudah ingin mendendangkan syair kerana memerlukan usaha dan sedikit kemahiran untuk menguasainya.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook ‘Gja Abd Aziz’ yang merupakan seorang guru sekolah telah berkongsi di laman sosialnya bagaimana dia mengajar pelajarnya bersyair.

Menurutnya, terdapat pelbagai irama untuk melagukan syair dan bukan terhad kepada irama yang sering kita dengar dan belajar suatu ketika dahulu. Menerusi perkongsiannya, dia mengajar pelajarnya bersyair menggunakan irama hiasan.

Perkongsian dia mendapat perhatian netizen dan ada netizen yang mula berminat untuk ketahui lebih lanjut mengenai irama-irama lain selain daripada irama yang didendangkan.

Screenshot 2019-08-27 at 11.51.50 AM

Screenshot 2019-08-27 at 11.52.17 AM

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa usaha cikgu ini pasti dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar syair dengan lebih baik dan memudahkan pelajar untuk megetahui lebih lanjut mengenai syair.

Adakah anda dulu ‘juara’ syair atau pernah mendendangkan syair dengan mudah? Apakah memori terindah anda ketika di bangku sekolah dahulu?

Untuk lebih artikel yang menarik, anda boleh baca di bawah

Pelajar Tingkatan 1 Lancar Petisyen Mansuhkan Peraturan ‘Rambut Pendek’ Di Sekolah

Ini Top 5 Perkara Paling Mengecewakan Apabila Kita Sudah Dewasa

Remaja Malaysia Cipta Sejarah Bakal Jadi Pelajar Termuda Di Royal College Of Surgeon Ireland

Sumber