Antara perkara utama yang kita cari apabila merantau di luar negara pastinya makanan halal. Ada sesetengah negara yang sukar kita dapat makanan halal terutamanya jika tempat berkenaan tidak mempunyai populasi muslim yang besar.

Di mana-mana sahaja ketika ini (negara bukan majoriti muslim) pasti akan ada gerakan untuk memboikot produk halal. Pada mereka, daging halal tidak perlu disokonng kerana caranya penyediaannya yang ‘kejam’; teknik penyembelihan dikatakan menyiksa haiwan dan ada cara yang lebih baik selain sembelih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun seorang pengguna Twitter, Adlan Khalidi mempunyai tip yang baik untuk anda jika destinasi yang anda ingin tuju adalah Australia. Semalam, Adlan berkongsi info sebuah group Facebook yang bakal memudahkan muslim mencari restoran atau produk yang halal di Australia.

Di sini, mereka akan berkongsikan apa sahaja produk yang mempunyai logo halal (termasuk restoran halal) yang ada di serata Australia. Jadi, rakan-rakan yang memboikot tidak akan memberi sokongan kepada produk tersebut serta singgah makan di restoran yang dinyatakan.

Namun, di sinilah ‘keindahan’ group ini untuk pelajar atau pelancong muslim. Admin serta anggotanya secara tidak langsung mengumpulkan database produk atau restoran yang halal untuk orang Muslim di Australia.

Ramai yang bersetuju dengan perkara tersebut dan ada pelajar Malaysia di sana yang menyertai group ini semata-mata untuk mengetahui lebih lanjut restoran halal yang ada di sekitar mereka.

Sebelum anda ke Australia, boleh like dahulu page Boycott Halal in Australia ini. Jika mereka fikir mereka ‘bijak’, kita jauh lebih bijak daripada mereka.

Ini pula artikel lain berkaitan Australia yang anda boleh jadikan rujukan

Bakal Ke Gold Coast Australia? 13 Aktiviti Termasuk Yang Percuma Untuk Rujukan Anda

3 Persediaan Travel Sendiri Dan Itinerari 4 Hari 3 Malam Di Melbourne, Australia

Pesuruhjaya Tinggi Australia Jawab Isu Gadis Dihalang ‘Boarding’ Ke Perth