Tertarik dengan satu gambar di Facebook yang memaparkan seorang jururawat yang sedang tersenyum manis melihat seorang makcik India di Batu Caves telah menarik perhatian penulis untuk mengetahui lebih lanjut tentang jururawat tersebut dan Thaipusam.

darah 19

Beliau yang dikenali dengan nama Khairunnisa Ab Rahman berkata, mereka bertugas di bawah flyover Batu Caves, Gombak, Selangor ini sempena Blood Donation Drive “Thaipusam” dan beliau berkesempatan memperkenalkan laman web Pusat Darah Negara dan Facebook Pusat Darah Negara kepada penulis bagi mengikuti lebih lanjut tentang kempen derma darah.

Pusat Darah Negara dan Sathya Sai Baba Central Council of Malaysia bekerjasama melakukan satu event kempen derma darah tanpa henti selama 36 jam berterusan di Batu Caves sempena Hari Thaipusam. Ia bermula berterusan dari 23 Januari 2015, jam 9 pagi hingga 24 Januari 2015, jam 10 malam.

“Suasana meriah malam ini di kempen derma darah sempena Thaipusam. Ramai yang datang menderma. Tahniah dan terima kasih diucapkan. Kami sangat menghargainya. Kami akan meneruskan operasi kempen kami pada malam ini sehingga esok jam 10 malam tanpa henti. Jom semua memeriahkan lagi untuk bantu mereka yang memerlukan.” – petikan dari Facebook Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

darah 17

darah 16

darah 15

darah 14

darah 13

darah 12

darah 11

darah 10

darah 09

darah 08

darah 07

darah 06

darah 05

darah 04

darah 03

darah 02

darah 01

darah 18

Mereka telah menderma. Anda bila lagi? Jom menjadi hero dan heroin seperti mereka!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram