Pernah dengar tentang GrabCar dan MyTeksi? Jika belum, perkongsian kami kali ini bakal buat anda ketawa besar, atau paling tidak tersenyum riang dan menempah GrabCar dengan harga-nya yang cukup berpatutan.

Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan MyTeksi ini.

Dikenali sebagai aplikasi MyTeksi di Malaysia dan GrabTaxi di rantau Asia Tenggara, GrabTaxi merupakan startup yang telah diasaskan di Malaysia.

myteksi-5

Startup yang kini telah bernilai 1 billion USD ini menawarkan aplikasi tempahan teksi terbesar di Asia Tenggara dan ia boleh dimuat turun secara percuma oleh para pengguna.

Telah mendapat sambutan yang menggalakkan di 6 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand, Singapura dan Filipina, GrabTaxi menerima tempahan dari pelanggan mereka hampir setiap 2 saat melalui platform aplikasi tersebut.

Ok cukup tentang MyTeksi kerana apa yang ingin kami kongsikan kali ini adalah tentang servis terbaru yang telah ditawarkan oleh MyTeksi iaitu GrabCar.

grabcar-header

Apa pula GrabCar ini?

GrabCar merupakan servis kenderaan premium yang ditawarkan dibawah aplikasi MyTeksi untuk pelanggan mereka. Barisan kereta yang ditawarkan khas untuk GrabCar terdiri daripada Nissan Almeera, Honda City dan Perodua MyVi.

GrabCar

Melalui GrabCar anda berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki kenderaan mewah sambil menikmati kelebihan berikut:

myteksi-3

1. Layanan ‘first class – dengan pakej GrabCar PLUS, pemandu bukan hanya membawa anda ke lokasi yang dituju tapi turut memberikan layanan tambahan seperti membukakan pintu kereta untuk anda. Majalah dan minuman turut disediakan untuk anda.

2. Bagi GrabCar Pakej ekonomi pula, ia menawarkan servis gaya kasual untuk kegunaan anda pada hari biasa dan santai.

3. Perkhidmatan GrabCar Pakej Executive pastinya disukai oleh golongan eksekutif muda yang perlu menghadiri mesyuarat penting. Tidak kira sama ada diwaktu puncak atau sebaliknya, menggunakan GrabCar merupakan satu lagi cara untuk anda bergerak ke destinasi tujuan dengan lebih bergaya dan meyakinkan.

SONY DSC

4. Pakej GrabCar turut mengekalkan prinsip asas utama seperti yang telah ditawarkan oleh MyTeksi iaitu dari ciri keselamatan untuk pelanggan, jaminan sampai untuk kenderaan yang ditempah dan ketepatan dari segi masa.

5. Seperti juga MyTeksi, GrabCar turut menyediakan maklumat penting pemandu kereta yang terlibat serta menawarkan tahap keselamatan yang tinggi.

Melalui fungsi aplikasi ‘Share My Ride’ anda boleh berkongsi maklumat dengan ahli keluarga lokasi terkini pergerakan kenderaan GrabCar yang anda naiki.

GrabCar-02

6. Pada ketika ini  GrabCar telah diperkenalkan terlebih dahulu di Malaysia sebelum servis yang sama akan mula ditawarkan di 5 lagi negara yang telah berjaya ditembusi oleh MyTeksi.

Kini GrabCar ada berita baik untuk anda!

Sempena meraikan Bulan Kemerdekaan GrabCar melalui aplikasi MyTeksi telah menawarkan diskaun 31% kepada para pelanggan mereka yang membuat tempahan perkhidmatan GrabCar disepanjang bulan Ogos 2015 ini.

Kempen ‘GrabCar 31% Off All Rides” ini berlangsung selama sebulan sehingga 31 Ogos 2015.

Grab Car Key Visual - Revised

Dengan adanya ‘tawaran penjimatan’ seperti ini, anda kini berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki kereta mewah sewaktu menuju ke destinasi dalam suasana yang lebih selesa dan berkualiti – bebas stress dan anda tidak lagi perlu pening tentang parking.

Lihat saja perbandingan harga dibawah jika anda menggunakan GrabCar vs Pemandu Peribadi yang lain;

price cut edm-03

Bukan itu saja, jika anda terpaksa membatalkan tempahan disebabkan oleh sesuatu yang tidak dijangka, tiada caj pembatalan dikenakan ke atas anda. Hah! Baik hati jugalah MyTeksi ni.

price cut edm_NEW-02

11666263_843683269053931_4364809079615153837_n

Download aplikasi MyTeksi dan rebutlah tawaran penjimatan 31% dari GrabCar sekarang. Bila lagi nak rasa naik kereta mewah tanpa perlu berbelanja besar, ewah!

Download sekarang di Android, App Store dan juga BlackBerry World.

Selamat tinggal panas dan hujan. Tempahan GrabCar kini hanya di hujung jari dengan MyTeksi. Perjalanan lebih murah dan mudah dengan GrabCar.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram