“Kami adalah suara mereka yang telah disenyapkan buat selamanya”

Love Revolution adalah sebuah gerakan mewakili mereka yang disenyapkan. Mereka telah mengadakan kempen kesedaran tentang pembunuhan di Gaza-Palestin. Kempen mereka telah diikuti di seluruh dunia, dalam pelbagai bahasa dan negara. Gerakan ini bermula apabila mereka melihat imej grafik kesengsaraan warga Palestin yang menyentuh sanubari mereka dengan mendalam. Ini membangkitkan semangat mereka untuk bertindak melalui seni. Mengikut Love Revolution, mereka dapat merasakan silaturrahim, kasih sayang, belas kasihan dan empati kepada saudara-saudara kita di Gaza, di bawah serangan Israel.

Jil Love Revolution adalah kempen solidariti kesenian untuk meningkatkan kesedaran tentang pembunuhan 2000 warga Palestin. Lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah dicederakan, dibunuh dan dilupakan oleh dunia, sementara Israel berterusan menyerang warga Gaza yang dikepung.

Situasi di Gaza adalah masalah kemanusiaan yang sangat meruncing. Berjuta-juta manusia di Semenanjung Gaza tidak dilengkapi dengan air bersih, elektrik dan makanan. Air bersih amat sukar dicari, dan cuaca yang sejuk memerlukan elektrik untuk menjana haba. Runtuhan bangunan di mana-mana dan menjadi simbol kepada kesengsaraan yang warga Gaza hadapi. Di Gaza hanya 20% kawasan dilengkapi elektrik, tiada sumber air bersih, tiada hospital, tiada kemudahan komunikasi, 2000 orang awam Palestin terbunuh di mana 500 daripadanya adalah kanak-kanak dan 7677 dicederakan oleh tentera Israel.

“Pecahkan Kesunyian, Bersuaralah Untuk Warga Palestin”

Warga Malaysia, Italy, Ireland, Hong Kong, Germany, Filipina, London dan Sepanyol telah memberi sokongan kepada Artivism atau aktiviti kemanusiaan berseni ini.

Semoga ia dapat memberi impak kepada mereka yang melihat dan memberi kesedaran terhadap masalah yang warga Palestin hadapi.

Jil, artis seni yang bertanggung jawab untuk kempen ini.

Rakannya, Mo Oh turut sama-sama berkempen.

Solidariti dari Malaysia.

Kempen Nothing To See Here dari Belfast.

Kempen yang ‘grafik’ dari Belfast.

Kempen di Calgary, Kanada.

Nothing To See Here di Jerman.

Bayi sebenar digunakan di kempen Nothing To See Here, Dublin.

Jamie dari Alaska.

Antara imej yang akan buat anda teringat-ingat.

Kempen di Australia.

Kempen oleh Scott Bixler.

Kempen Nothing To See Here di Los Angeles pada tahun 2014.

Kempen dari Munich, Jerman.

Nothing To See Here di Itali.

Nothing To See Here di Belfast.

Hanya mampu menangis melihat ini.

Seorang warga Palestin di Kanada memegang poster Nothing To See Here sambil berbaring di atas rumput, sebagai tanda protes terhadap sokongan Kanada terhadap Israel, semasa serangan Israel pada tahun 2014.

Kanak-kanak berkempen di Syracuse.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini, anda boleh lawati Facebook Page Love Revolution. Menjadi harapan kami, agar kempen ini menjadi sebesar kempen Ice Bucket untuk penyakit ALS.

BACA: Lelaki Ini Menulis Tentang 10 Fakta Palestin Dan Israel Untuk “Dummies”. #5 Akan Buat Anda Kagum

BACA Lagi: Inspirasi Dari Rakyat Gaza. #4 Paling Kontroversi

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram