Kes child sexual abuse sudah menjadi semakin kerap dan menjadi satu masalah yang serius di Malaysia. Kes pencabulan kanak-kanak dianggap kes yang taboo bagi rakyat Malaysia dan dianggarkan sebanyak 3,000 kes pencabulan kanak-kanak dicatat setiap tahun; satu jumlah yang besar dan menakutkan.

Kini, syarikat NGO tempatan, Protect and Save The Children Association of Selangor and Kuala Lumpur (PSC) dengan kerjasama Naga DBB menjalankan satu kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kes-kes ini dengan tujuan membantu ibu bapa, penjaga dan kanak-kanak terutamanya untuk melaporkan kes pencabulan ini kepada pihak berkuasa.

3 video pendek dibuat untuk kempen Stop Nursery Crimes menceritakan senario yang biasa terjadi dalam kes pencabulan kanak-kanak. Video pendek ini diharap dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa dan penjaga supaya lebih berhati-hati dengan individu sekeliling mereka; dan pencabul ini boleh jadi adalah orang yang sangat percayai.

“Matlamat utama kami adalah untuk memecahkan perasaan ‘malu’ masyarakat berkenaan kes-kes ini. Anak kecil perlu dilindungi dan kita perlu dengar kata mereka. Kadangkala mereka takut dan berdiam diri dan inilah yang perlu kita ubah. Diharap kempen ini dapat memberi mass awareness kepada masyarakat di luar sana tentang bahaya sexual predators dan perlunya kita membanteras mereka ini supaya kita dapat cipta environment yang lebih baik untuk anak kecil kita membesar,” kata Datin Che Nariza Hajjar Hashim, President PSC.

Lebih daripada 90% pendera seksual adalah individu yang rapat dengan si kecil. Mereka mungkin datuk, Pakcik atau dalam kes-kes tertentu, ibu bapa si kecil sendiri. Mereka juga mungkin seseorang yang mempunyai kuasa seperti cikgu untuk anak anda. Lihat video di bawah ini yang menerangkan senario berbeza berkenaan kes pencabulan kanak-kanak ini.

https://www.youtube.com/watch?v=Z5UU6bLw5k8

Setelah anda lihat ketiga-tiga video, pasti anda rasa benci dengan sexual predators ini. Didik anak anda untuk tahu perbezaan di antara sayang dan penderaan seksual di www.stopnurserycrimes.com dan bantu kami sebarkan.