Sekiranya anda bakal memandu pulang ke kampung atau bercuti sempena musim Tahun Baharu Cina ini, pastikan anda rancang perjalanan dan menambah nilai kad Touch ‘n Go anda dengan lebih awal untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini.

Hal ini kerana pihak PLUS secara rasminya telah mengumumkan penutupan lorong tambah nilai sepanjang lebuh raya bermula 22 Januari 2020 sehingga 3 Februari 2020.

200122-tng-reload-tutup-plus

Penutupan lorong tambah nilai ini dibuat bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas sekaligus membuatkan para pemandu terpaksa bersesak semasa di plaza tol. Menurut PLUS, dijangkakan lebih dua juta kenderaan bakal menggunakan akses Lebuhraya Utara–Selatan sepanjang musim Tahun Baharu Cina ini.

Meskipun tanpa akses lorong tambah nilai, pihak Touch ‘n Go telah menawarkan sebanyak 67 kiosk layan diri serta 34 stesen minyak terpilih bagi memudahkan pengguna menambah nilai Touch ‘n Go.

Pada minggu lalu, Shell Malaysia telah mengumumkan tiada lagi caj 50 sen buat pengguna yang tambah nilai Touch ‘N Go di 27 stesen Shell terpilih.

Tiada Lagi Caj 50 Sen Bagi Tambah Nilai Touch ‘N Go Di Shell Malaysia

PLUS Kekal Milik Kerajaan, Kadar Tol Bakal Diturunkan Sebanyak 18%