Tahun 2020 merupakan Tahun Melawat Malaysia dan pastinya pelbagai promosi telah dilakukan oleh negara kita untuk menarik ramai pelancong. Akan tetapi, ada satu berita yang cukup mengejutkan kerana ada segelintir pelancong masuk ke negara kita dan tidak keluar semula.

Difahamkan, hampir 95% atau kira-kira 100,000 pelancong dari China dan India yang melawat ke negara ini pada tahun 2016 hingga tahun lalu didapati tiada rekod tarikh keluar. Hal ini diketahui menerusi laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2.

klia
Sumber: Rojak Daily

Malah, pengauditan itu mendapati bahawa kira-kira 1.26 juta warga China dan 295,634 warga India masih diproses secara manual di bawah MyIMM. Selain daripada itu, terdapat kelemahan dalaman yang serius dalam pelaksanaan Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI) dan MyIMMs ketika proses di pintu masuk pelancong.

Sebelum ini, Menteri Luar, Saifuddin Abdullah berkata kerajaan berhasrat melonggarkan syarat kemasukan pelancong China yang melawat Malaysia pada tahun Melawat Malaysia 2020. Jika dilihat pada angka ini pastinya ia sesuatu yang membimbangkan kerana pelancong-pelancong tidak dapat dikesan rekod keluar dan akan memberikan kesan kepada negara kelak.

Pada pandangan anda, wajarkah negara kita mengetatkan permohonan visa pelancong atau sebaliknya? Sebut tentang Tahun Melawat Malaysia, pastinya tempat-tempat ini akan menjadi tarikan kepada pelancong.

Setelah Ditutup Hampir Setahun, Taman Tasik Titiwangsa Bakal Dibuka Semula

Taman Tema Air Pertama Di Langkawi Dilancarkan Menawarkan 12 Permainan Menarik

Pasar Vietnam Terbesar Bakal Dibuka Di Malaysia Pada Tahun Depan

Sumber