Malam tadi acara sulung Apple dengan tema Spring Loaded telah dianjurkan dan memperkenalkan rangkaian produk baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ramai peminat Apple menzahirkan keterujaan mereka apabila melihat produk-produk yang diumumkan seperti AirTag dan sebagainya.

Akan tetapi, menjadi bualan netizen apabila mee goreng membuat kemunculan dalam acara tersebut. Untuk pengetahuan anda, gambar mee goreng beserta perkataan Malaysia muncul pada skrin iMac baharu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/mdamiruzri/status/1384685804337864707

Lantaran itu, rata-rata netizen berasa terkejut dan bangga kerana antara makanan kegemaran rakyat Malaysia muncul dalam acara Apple yang ditonton ramai orang di seluruh dunia.

Malah, para netizen turut mengatakan kemunculan mee goreng dalam acara tersebut sedikit sebanyak mempromosikan makanan Malaysia di mata dunia. Adakah anda perasan kemunculan mee goreng dalam acara itu semalam dan apa pendapat anda akan perkara itu?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan pelancaran produk baru di acara Apple semalam pada pautan di bawah ini.

Lebih Feminin Dan Ceria, Apple Perkenalkan iPhone 12 Dengan Warna Ungu

Apple Lancarkan AirTag Bagi Memudahkan Pengguna Mencari Barang Dengan Mudah